Piagam Pelanggan
- Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
- Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima;
- Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara atas talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri;
- Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon;
- Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja;
- Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
- Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja; dan
- Memberikan perkhidmatan berkualiti, cekap dan mesra.
Pencapaian Piagam Pelanggan MTIB 2019 (Jan - Disember 2019)
Janji | Menepati Tempoh Masa / Standard Piagam Pelanggan | Melebihi Tempoh Masa / Standard Piagam Pelanggan | Jumlah Perkhidmatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Jumlah Menepati Standard1 | % Menepati Standard2 | Jumlah Melebihi Standard3 | % Melebihi Standard4 | |||
Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. | 220 | 100 | - | - | 220 | |
Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. | 1,416 | 100 | - | - | 1,416 | |
Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara atas talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri. | Lesen Eksport | 79,328 | 99.4 | 452 | 0.6 | 79,780 |
Lesen Import (manual) | 8,488 | 100 | - | - | 8,488 | |
Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon. | 73,353 | 99.9 | 49 | 0.1 | 72,402 | |
Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja. | 2,581 | 100 | - | - | 2,581 | |
Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. | 158 | 100 | - | - | 158 | |
Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja. | 210 | 100 | - | - | 210 |
2. Peratus perkhidmatan disampaikan yang menepati tempoh masa/standard yang ditetapkan
3. Jumlah perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan
4. Peratus perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan