banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Perutusan YB Menteri



YBM Datuk Johari
YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani  
Menteri  Perladangan dan Komoditi


Selama beberapa dekad, industri perkayuan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi di negara ini. Ia merupakan antara komoditi yang menjadi penyumbang utama bagi pendapatan eksport negara. Kayu dan produk keluaran kayu terutamanya perabot telah dieksport lebih ke 160 buah negara di seluruh dunia. Sektor perkayuan di negara ini juga menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 240,000 orang dan pada masa ini, terdapat hampir 3,500 buah kilang berasaskan kayu di negara ini.

Dengan misi MTIB untuk meningkatkan pertumbuhan berterusan industri kayu Malaysia melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan perluasan perkhidmatan untuk menjadi agen utama instrumental bagi pembangunan industri kayu yang kompetitif, adalah diharapkan agar laman sesawang ini bukan hanya boleh diakses di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

Saya berharap dengan penampilan halaman yang lebih segar, laman sesawang MTIB akan mendorong lebih banyak pengguna untuk memanfaatkan laman sesawang ini sebagai pusat rujukan mereka tidak hanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kayu, tetapi juga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kegiatan MTIB serta hasil penyelidikan dan pembangunan produk kayu yang terkini. Harapan saya agar laman sesawang MTIB ini akan berfungsi sebagai rujukan yang berguna untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyeluruh di dalam industri kayu di Malaysia.

Terima kasih.

Terakhir dikemaskini: 15 Februari 2024