banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Program Pembangunan Community Farming Buluh

Program Pembangunan Community Farming Buluh

Latar Belakang

Program ini telah diluluskan di bawah RMKe-12 bagi tempoh 5 tahun (2021 – 2025) bertujuan untuk menyediakan skim bantuan/sokongan pada peringkat awal penanaman buluh iaitu anak pokok buluh dan baja kepada individu, syarikat, koperasi dan pertubuhan yang layak, di samping penawaran khidmat nasihat melalui penganjuran kursus/bengkel/seminar.

Syarat/Kriteria Permohonan bagi Kategori Individu

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Satu permohonan diluluskan untuk satu nama pemohon sahaja.
3. Permohonan secara berkelompok adalah dibenarkan untuk setiap permohonan bagi maksimum lima (5) pemilik geran tanah (individu).
4. Satu penama sahaja yang dibenarkan untuk memohon bagi geran tanah yang mempunyai lebih daripada satu pemilik bagi no. lot yang sama.
5. Minimum keluasan tanah adalah 0.4047 hektar (1 ekar) bagi setiap permohonan.
6. Maksimum keluasan tanah adalah 3.999 hektar (9.882 ekar) bagi setiap permohonan.
7. Pembuktian bertulis milikan tanah seperti milikan sendiri, sewaan dan pajakan tanah hendaklah melebihi tempoh 5 tahun dan ke atas dan baki bagi sewaan dan pajakan tanah hendaklah tidak kurang daripada 5 tahun.
8. Insentif anak pokok dan baja adalah berdasarkan keluasan tanah yang diluluskan bagi penanaman buluh.
9. Keputusan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah muktamad.

Syarat/Kriteria Permohonan bagi Kategori Syarikat/ Koperasi/ Pertubuhan

1. Syarikat/ Koperasi/ Pertubuhan yang beroperasi di Malaysia.
2. Satu permohonan diluluskan untuk satu syarikat/ koperasi/ pertubuhan sahaja.
3. Permohonan secara berkelompok adalah dibenarkan untuk setiap permohonan dan pembuktian bertulis milikan tanah seperti milikan sendiri, sewaan dan pajakan tanah hendaklah melebihi tempoh 5 tahun dan ke atas dan baki bagi sewaan dan pajakan tanah hendaklah tidak kurang daripada 5 tahun.
4. Satu penama sahaja yang dibenarkan untuk memohon bagi geran tanah yang mempunyai lebih daripada satu pemilik bagi no. lot yang sama manakala bagi syarikat/ koperasi/ pertubuhan perlu dimohon oleh wakil yang diberi kuasa.
5. Minimum keluasan tanah adalah 0.4047 hektar (1 ekar) bagi setiap permohonan.
6. Maksimum keluasan tanah adalah 3.999 hektar (9.882 ekar) bagi setiap permohonan.
7. Insentif anak pokok dan baja adalah berdasarkan keluasan tanah yang diluluskan bagi penanaman buluh.
8. Keputusan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah muktamad.

00010002

Pemohon boleh memajukan borang permohonan yang telah dilengkapkan berserta salinan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan melalui e-mel atau pos.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

Puan Surina Aziz

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Encik Mohamad Zarul Ikhwan Ramli
  • e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

(Klik di sini) untuk memuat turun borang permohonan program.

Terakhir dikemaskini: 04 November 2024