banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Peninsular Malaysia Timber Legality Assurance System (MyTLAS)

SISTEM JAMINAN KESAHIHAN KAYU KAYAN SEMENANJUNG MALAYSIA (MyTLAS)

Legaliti dan pensijilan merupakan keperluan global yang perlu diberi perhatian, khususnya bagi memastikan industri kayu negara terus kekal mampan dan kompetitif di pasaran antarabangsa. Sistem legaliti produk kayu bagi Semenanjung Malaysia yang mula diperkenalkan, hasil dari rundingan dengan pihak EU di atas platform Undang-undang Hutan, Penguatkuasaan, Tadbir Urus dan Perjanjian Perkongsian Sukarela Perdagangan (FLEGT-VPA) sebagai memenuhi Peraturan Kayu (EUTR).

MyTLAS merupakan suatu inisiatif yang perlu diperkukuhkan kredibiliti dan diperluaskan, bagi menjamin bekalan kayu negara terus mendapat tempat di peringkat antarabangsa, dan seterusnya memastikan pertumbuhan nilai eksport komoditi kayu kayan negara.

Pematuhan kepada keperluan legaliti di sepanjang rantaian bekalan adalah penting bagi menjamin kemampanan hasil hutan dan perladangan sebagai sumber asli negara (boleh diperbaharui) dan proses-proses perdagangan yang terlibat di dalam dan luar negara.

MTIB telah membangunkan MyTLAS sejak tahun 2012 dan pengeluaran Sijil MyTLAS untuk tujuan eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) telah bermula dari 1 Februari 2013. Dalam tempoh tersebut MyTLAS telah melalui fasa pengukuhan melalui inisiatif seperti audit pematuhan oleh pihak ketiga, capacity building dan evolusi perubahan kepada perubahan dalam perdagangan kayu kayan semasa. Seterusnya, mulai 1 Januari 2022 pengeluaran Sijil MyTLAS telah diperluaskan ke seluruh pasaran eksport. MyTLAS merupakan sistem pengesahan legaliti kayu kayan yang dikeluarkan oleh Semenanjung Malaysia dengan berasaskan kepada enam (6) prinsip dan 24 jadual (kriteria).

Sistem legaliti kayu ini telah menjalani 2 sesi pengauditan oleh pihak ketiga iaitu pada tahun 2013 dan 2020. Hasil pengauditan pada tahun 2020 mengesahkan bahawa sistem legality MyTLAS berkredibiliti dan memenuhi kepatuhan Timber Legality. Pengukuhan dan pemantapan MyTLAS secara keseluruhannya, telah dilaksanakan dengan kerjasama semua Agensi Pelaksana.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan MyTLAS sila menghubungi Seksyen Pelesenan MTIB Ibupejabat:

 Penyelaras MyTLAS
 Talian Utama MTIB:
03-92822235
 Email
 Sunita Muhamad Ext: 1263 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Aimie Aiza Mohd Tusin Ext: 1425 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Terakhir dikemaskini: 12 Julai 2022