banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • wisdec
Program Latihan Jangka Pendek

Program Latihan Jangka Pendek

  1. Kursus Berjadual
  2. Kursus Suaikhas

Maklumat Lanjut

Program Latihan Belia

Program Latihan Belia

  1. Sijil Reka Bentuk Dan Pembuatan Perabot (FDM)
  2. Sijil Pembangunan Pengurusan Profesional (PMD)
  3. Sijil Teknologi Pemprosesan Perabot (KV WISDEC)
  4. Sijil Sistem Latihan Dual National (SLDN)

Maklumat Lanjut

Program Berasaskan Keterampilan

Program Berasaskan Keterampilan

  1. Skim Perantisan Industri Berasaskan Kayu (Perabot)
  2. Kursus Pengeringan Kayu

Maklumat Lanjut

Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC)

Industri berasaskan kayu di Malaysia adalah salah satu industri berasaskan sumber utama. Ia telah memainkan peranan penting dalam program perindustrian Malaysia, melalui aktiviti pemprosesan rendah dan nilai tambah. Sedar sumbangan industri, Kerajaan telah mengenal pasti ia sebagai industri keutamaan disasarkan yang semakin berkembang. Objektif pembangunan utama Pelan Induk Perindustrian (PIP) adalah :
  • Untuk mengubah industri berasaskan kayu ke dalam industri berasaskan sumber utama.
  • Untuk memaksimumkan nilai tambah produk dari sumber hutan
  • untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat yang bereputasi bagi produk kayu yang berkualiti tinggi seperti tanggam, perabot dan kayu kumai.
  • Oleh itu, sektor pembangunan sumber manusia memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan tahap kemahiran pekerja dalam sektor perkayuan di samping meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sesebuah organisasi. PIP juga berpendapat bahawa kekurangan tenaga kerja dan pengalaman adalah salah satu faktor kritikal yang menghalang pemindahan teknologi dalam menjana teknologi baru.
Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) telah menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC). Pembiayaan bagi pelaksanaan projek ini telah disalurkan kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) khusus untuk melatih pekerja mahir dalam industri berasaskan kayu. Oleh itu, WISDEC telah dipertanggungjawabkan untuk melatih sekumpulan pekerja mahir dan berkemahiran serta mampu memenuhi keperluan industri.

WISDEC juga telah diberi mandat dan tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti latihan teknikal membantu dalam pembangunan produk, menganjurkan pertandingan rekabentuk perabot serta menyelaras Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM). Dalam menjalankan aktiviti ini, WISDEC telah bekerjasama rapat dengan organisasi berkaitan seperti universiti serta lain-lain kementerian dan pusat-pusat latihan.

Terakhir dikemaskini: 04 Februari 2022