banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Galeri Glulam Johor Bahru



Projek Galeri Glulam ini dibina di atas tanah milik Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan lokasi yang strategik di pertengahan laluan utama industri antarabangsa dengan keluasan 4.9 ekar di Jalan Tampoi, Johor. Projek ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Rercords pada 15 Mac 2012 kerana menggunakan glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur menanggung beban melebihi 80 % penggunaan kayu bagi memenuhi konsep rekabentuk yang bercirikan bangunan ikonik glulam. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 22 Mei 2012.

Projek ini telah bermula dalam tahun 2009 melalui proses rekabentuk selama hampir satu tahun dan pelaksanaan pembinaan bangunan selama dua tahun. Projek ini telah siap pada 15 November 2011 dan diserahkan pada 5 Disember 2011 kepada MTIB oleh JKR sebagai Badan Penguasa Projek.


Ciri-ciri Rekabentuk

Bangunan ini mempelopori ciri-ciri keunikan aplikasi inovasi kejuruteraan kayu dengan penggunaan produk glue-laminated timber (Glulam) sebagai struktur utama serta jenis-jenis kayu tempatan. Bangunan ini juga menjadi showcase dan referral centre bagi pakar professional seperti arkitek, jurutera, kontraktor serta semua lapisan pengguna dan stakeholders termasuk agensi kerajaan dan swasta termasuk JKR, CIDB, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan yang lain.

Projek ini juga melambangkan identiti agensi pengguna, mengimplikasikan kejuruteraan kayu teknologi glulam sebagai struktur binaan bangunan yang pertama berkonsepkan Iconic Timber Building berbentuk separa payung. Struktur utama bangunan menggunakan Kayu Keras Malaysia iaitu jenis kayu Resak dan Keruing serta bumbung dari jenis kayu Belian Shingles (anggaran melebihi 350,000 keping). Selain daripada itu dinding timber wall cladding diperbuat daripada kayu Kekatong dan timber fins menggunakan kayu Balau, Belian.



Kemudahan Bangunan / Dewan
  1. Mempunyai 150 buah tempat meletak kenderaan motokar /motosikal berpagar
  2. Mempunyai 3 buah dewan pameran / serbaguna bersaiz 2000m²
  3. Mempunyai kelengkapan / kemudahan surau lelaki / wanita
  4. Tempat / kawasan / lokasi strategik
  5. Mempunyai kerusi banquet 500 buah & meja seminar
  6. Mempunyai kemudahan peralatan audio sistem
  7. Mempunyai sistem penghawa dingin
  8. Dilengkapi bilik mesyuarat eksklusif dengan video conference dan LCD monitor screen boleh memuatkan 17 ahli mesyuarat
  9. Mempunyai holding room eksklusif untuk VIP/VVIP boleh memuatkan 12 ahli

Penyewaan dewan Galeri Glulam Johor Bahru untuk Seminar / Bengkel / Majlis keramaian / Pameran bolehlah hubungi :
  • En. Khali Zakaria - 017-7936838
  • En. Abdul Rahim Buang - 010-2752802
  • En. Fouzi Eusa - 012-7514987

e-mel : mtibjb[at]mtib[dot]gov[dot]my
Tel      : 07-2329057 / 2329048
Faks. : 07-2340297


Lokasi Galeri Glulam :

Mukim Tebrau, 19851,
Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi,
81200 Johor Bahru, JOHOR

607 - 232 9048/ 9057
607 - 234 0297

gmaps 1.51547, 103.73888

Terakhir dikemaskini: 26 April 2021