banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Pusat Promosi Perabot

Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan, Pusat Promosi Perabot telah diwujudkan bagi mencapai objektifnya iaitu :
  1. Meningkatkan jualan perabot Bumiputera melalui aktiviti yang dijalankan di Pusat Promosi Perabot;
  2. Mewujudkan satu pusat bagi jalinan rangkaian yang menyediakan ruang pameran bagi produk perabot keluaran pengusaha Bumiputera untuk meningkatkan pasaran perabot Bumiputera di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Pusat Promosi Perabot yang terletak di Nusa Bestari, Skudai, Johor menempatkan produk-produk perabot untuk rumah kediaman dan pejabat. Pusat ini yang telah beroperasi sejak tahun 2009 bersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan di Johor Bahru dan juga Singapura.


NB_Bangunan_-_Copy.jpg

Manakala, Pusat Promosi Perabot Kota Kinabalu di Alamesra, Kota Kinabalu juga turut menempatkan produk perabot untuk rumah kediaman dan pejabat. Pusat ini mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan produk yang berkualiti dari SME Bumiputera.

PPP_Alamesra.jpeg

Terakhir dikemaskini: 19 Ogos 2024