Anak Syarikat
Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB)
FPDSB adalah Special Purpose Vehicle (SPV) Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 2009 untuk menguruskan pembayaran pinjaman mudah, menjalankan proses pengauditan ladang serta untuk menyediakan sokongan teknikal dan latihan bagi Program Pembangunan Perladangan Hutan (PPLH). Syarikat tempatan dan asing yang layak digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program perladangan hutan ini.
CTCS Worldwide Sdn Bhd (CWSB)
CWSB ditubuhkan pada Januari 2019 dan merupakan anak syarikat, yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bertujuan bagi mempromosikan penggunaan kayu yang diperakui (certified timber) dalam industri pembinaan.