Piagam Pelanggan
- Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
- Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima;
- Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara dalam talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri;
- Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon;
- Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja;
- Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
- Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja; dan
- Memberikan perkhidmatan berkualiti, cekap dan mesra.
Pencapaian Piagam Pelanggan MTIB 2024 (Jan - Mei)
Janji | Menepati Tempoh Masa / Standard Piagam Pelanggan | Melebihi Tempoh Masa / Standard Piagam Pelanggan | Jumlah Perkhidmatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Jumlah Menepati Standard | % Menepati Standard | Jumlah Melebihi Standard | % Melebihi Standard | |||
Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. | 286 | 100 | - | - | 269 | |
Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. | 1,329 | 100 | - | - | 1,329 | |
Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara dalam talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri. | Lesen Eksport | 26,819 | 99.53 | 126 | 0.47 | 26,945 |
Lesen Import (manual) | 14,451 | 100 | - | - | 14,451 | |
Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon. | 22,373 | 100 | - | - | 22,373 | |
Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja. | 1,975 | 100 | - | - | 1,975 | |
Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. | 381 | 100 | - | - | 381 | |
Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja. | 92 | 100 | - | - | 92 |
2. Peratus perkhidmatan disampaikan yang menepati tempoh masa/standard yang ditetapkan
3. Jumlah perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan
4. Peratus perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan