Peninsular Malaysia Timber Legality Assurance System (MyTLAS)
SISTEM JAMINAN KESAHIHAN KAYU KAYAN SEMENANJUNG MALAYSIA (MyTLAS)
Legaliti dan pensijilan merupakan keperluan global yang perlu diberi perhatian, khususnya bagi memastikan industri kayu negara terus kekal mampan dan kompetitif di pasaran antarabangsa. Sistem legaliti produk kayu bagi Semenanjung Malaysia yang mula diperkenalkan, hasil dari rundingan dengan pihak EU di atas platform Undang-undang Hutan, Penguatkuasaan, Tadbir Urus dan Perjanjian Perkongsian Sukarela Perdagangan (FLEGT-VPA) sebagai memenuhi Peraturan Kayu (EUTR).
MyTLAS merupakan suatu inisiatif yang perlu diperkukuhkan kredibiliti dan diperluaskan, bagi menjamin bekalan kayu negara terus mendapat tempat di peringkat antarabangsa, dan seterusnya memastikan pertumbuhan nilai eksport komoditi kayu kayan negara.
Pematuhan kepada keperluan legaliti di sepanjang rantaian bekalan adalah penting bagi menjamin kemampanan hasil hutan dan perladangan sebagai sumber asli negara (boleh diperbaharui) dan proses-proses perdagangan yang terlibat di dalam dan luar negara.
MTIB telah membangunkan MyTLAS sejak tahun 2012 dan pengeluaran Sijil MyTLAS untuk tujuan eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) telah bermula dari 1 Februari 2013. Dalam tempoh tersebut MyTLAS telah melalui fasa pengukuhan melalui inisiatif seperti audit pematuhan oleh pihak ketiga, capacity building dan evolusi perubahan kepada perubahan dalam perdagangan kayu kayan semasa. Seterusnya, mulai 1 Januari 2022 pengeluaran Sijil MyTLAS telah diperluaskan ke seluruh pasaran eksport. MyTLAS merupakan sistem pengesahan legaliti kayu kayan yang dikeluarkan oleh Semenanjung Malaysia dengan berasaskan kepada enam (6) prinsip dan 24 jadual (kriteria).
- Klik di sini untuk Laporan Ringkasan Pematuhan Audit MyTLAS 2021
- Klik di sini untuk brosur MyTLAS (versi Mei 2022)
- Klik di sini untuk Garis Panduan Permohonan Sijil MyTLAS
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan MyTLAS sila menghubungi Seksyen Pelesenan MTIB Ibupejabat:
Penyelaras MyTLAS
|
Talian Utama MTIB:
03-92822235
|
Email
|
Sunita Muhamad | Ext: 1263 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Aimie Aiza Mohd Tusin | Ext: 1425 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |