Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • fidec

Fibre and Biocomposite Development Centre (FIDEC)

Latar Belakang
Pusat Biokomposit dan Gentian (FIDEC) ditubuhkan bertujuan untuk menerajui pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia. FIDEC mula beroperasi pada September 2006 sebagai pusat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti pra-pengkomersilan dan juga penyelarasan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang khusus untuk industri biokomposit di Malaysia.

Objektif FIDEC

  • Untuk merangsang minat dan untuk meningkatkan penggunaan bahan gentian dan biokomposit di negara ini,
  • Untuk memudahkan pra-pengkomersilan gentian dan bahan biokomposit,
  • Untuk mewujudkan jalinan dan perkongsian pintar antara pihak universiti, institusi penyelidikan dan industri ke arah pengkomersilan penemuan R & D yang berkaitan dengan gentian dan biokomposit
  • Untuk menyelaras pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia secara keseluruhan.
Sumber Alternatif untuk Masa Depan
Malaysia kaya dengan bahan-bahan gentian semulajadi yang masih belum diterokai terutamanya daripada sektor agrikultur. Gentian terdiri daripada pelbagai bahan antaranya sekam padi, batang kelapa, kenaf, batang kelapa sawit (OPT), pelepah kelapa sawit (OPF) dan buah tandan kosong (EFB) yang boleh digunakan sebagai sumber alternatif bagi masa depan dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan dalam pelbagai bentuk produk hasil daripada kombinasi gentian dan termoplastik/termoset seperti papan lapis, papan gentian, lantai, dinding panel, rangka pintu serta lain-lain produk bernilai tambah. FIDEC akan menerajui pertumbuhan dan pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia..

Mara ke hadapan
FIDEC memulakan jalinan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi, universiti, agensi-agensi R & D dan jabatan-jabatan kerajaan dalam projek-projek penyelidikan dan pembangunan yang menjurus ke arah penggunaan gentian semulajadi secara meluas dan juga pembangunan produk.

Biomaterial untuk Generasi akan Datang
Gentian mempunyai sifat-sifat fizikal dan mekanikal yang baik dan gentian ini boleh digunakan untuk menghasilkan produk komposit bagi pelbagai kegunaan. Oleh itu, gentian semulajadi merupakan biomaterial untuk masa hadapan.

Sumber Biomas untuk Kekayaan
Gentian semulajadi yang dianggap sebagai bahan buangan sebenarnya boleh dikaji semula dan dibangunkan menjadi produk berdaya maju yang dapat dipasarkan secara domestik dan antarabangsa. Ini mampu membuka peluang pertumbuhan di dalam industri berasaskan gentian dan bahan biokomposit di Malaysia.

Produk Hijau
Penggunaan bahan biokomposit dalam penghasilan produk-produk gentian dan biokomposit akan menerima momentum dalam masa beberapa tahun ini untuk menjadi popular. Produk-produk tersebut boleh dianggap sebagai produk mesra alam memandangkan ianya dihasilkan daripada bahan buangan yang jika tidak digunakan akan dilupuskan secara pembakaran.

Terakhir dikemaskini: 08 Oktober 2020