banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Arahan Pemeringkatan 2018

Peraturan Pemeringkat Kayu Keras Gergaji Malaysia (MGR) Edisi 2009 dan Peraturan Pemeringkatan Kayu Getah Bergergaji (MGRR) Edisi 2013

Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi industri perkayuan di Malaysia, The Malaysian Grading Rules for Sawn Hardwood Timber 2009 (MGR Edisi 2009) dan The Malaysian Grading Rules for Rubberwood Sawn Timber (MGRR 2013) telah pun diwujudkan bagi memenuhi kehendak pasaran semasa. Salah satu peraturan yang telah dilaksanakan bagi membantu para Pemeringkat Kayu dalam aktiviti pemeringkatan ialah Arahan Pemeringkat (“Instruction To Timber Graders”[ITG]).

Bagi memastikan eksport kayu bergergaji yang dikeluarkan memenuhi peraturan teknikal dan dasar semasa adalah dimaklumkan bahawa satu Arahan Pemeringkatan versi 2018 telahpun dikeluarkan dan akan berkuarkuasa mulai 2 Januari 2019.

Dengan berkuatkuasanya Arahan Pemeringkatan 2018 ini, ITG yang berkuasa sebelum ini, Tambahan MGR, TEB dan Surat Arahan MTIB (Lampiran 1) yang berkaitan adalah dibatalkan. Semua Pemeringkat Kayu yang berdaftar dengan MTIB dikehendaki mematuhi Arahan Pemeringkatan 2018 ini sepanjang aktiviti pemeringkatan dijalankan.

Adalah diharapkan agar pelaksanaan Arahan Pemeringkatan 2018 ini akan dapat membantu negara dalam meningkatkan kecekapan dalam pasaran eksport kayu tempatan di samping memperbaiki kualiti dan mutu kayu tempatan di peringkat antarabangsa.

Pihak Tuan /Puan boleh mendapatkan edisi penuh Arahan Pemeringkatan 2018 dalam bentuk hardcopy dengan harga RM15.00 senaskah di Unit Penerbitan MTIB atau Bahagian Pembangunan Industri /Unit Teknikal, Encik Rafa Tan di Ext 1295 /1268

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut : Perkeliling Arahan Pemeringkatan 2018

Buku Arahan Pemeringkatan 2018

Terakhir dikemaskini: 23 Mei 2023