banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Program Pengurusan Lean

Program Pengurusan Lean


A. PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI YANG DILAKSANAKAN OLEH MTIB – PROGRAM PENGURUSAN LEAN

Bagi mencapai sasaran Malaysia untuk menjadi negara maju dan berdaya saing, adalah perlu bagi industri perkayuan negara untuk fokus terhadap meningkatkan kadar produktiviti negara ke tahap yang lebih tinggi. Selain daripada mempromosikan inovasi, meningkatkan produktiviti merupakan agenda kerajaan di dalam era perubahan teknologi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Salah satu kaedah untuk mencapai sasaran ini adalah melalui pengamalan Pengurusan Lean Pengamalan Pengilangan Terbaik di dalam operasi pembuatan/pengilangan industri perkayuan negara.

Tujuan utama program ini disediakan adalah untuk memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada usahawan dalam industri perkayuan terutamanya dalam Pengurusan Lean dengan memberi fokus kepada aspek keselamatan, kesihatan pekerja, produktiviti serta mengurangkan tahap pembaziran untuk meningkatkan produktiviti melalui sistem pengeluaran yang teratur dan amalan penjimatan yang berterusan.

Program ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dengan penglibatan pihak industri dalam sektor perkayuan sejak tahun 2014 sehingga tahun 2022 tertakluk kepada peruntukan yang disediakan. Secara keseluruhanya program ini terbuka kepada semua kategori usahawan (besar/sederhana/mikro) sama ada Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang komited dalam sektor industri perkayuan di seluruh Malaysia.

B. OBJEKTIF PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI

(i) Meningkatkan produktiviti syarikat

Program Pengurusan Lean telah membantu syarikat perkayuan untuk meningkatkan produktiviti melalui inisiatif penambahbaikan. Keberkesanan program ini terbukti melalui pengurangan dalam kos operasi dengan mengurangkan/menghapuskan pembaziran, meningkatkan kecekapan operasi dan seterusnya meningkatkan margin keuntungan serta daya saing syarikat.

Program Pengurusan Lean telah membantu syarikat perkayuan untuk meningkatkan produktiviti melalui inisiatif penambahbaikan. Keberkesanan program ini terbukti melalui pengurangan dalam kos operasi dengan mengurangkan/menghapuskan pembaziran, meningkatkan kecekapan operasi dan seterusnya meningkatkan margin keuntungan serta daya saing syarikat.

(ii) Menggalakkan pihak industri untuk berubah ke arah automasi/mekanisasi

Menggalakkan pihak industri perkayuan untuk memainkan peranan yang lebih proaktif serta mempergiatkan usaha aplikasi automasi dan mekanisasi di dalam operasi pengilangan masing-masing selaras hasrat Kerajaan Malaysia ke arah Revolusi Industri 4.0.

(iii) Mengurangkan kebergantungan industri kepada tenaga kerja (tempatan/asing)

Program ini juga bertujuan untuk mempergiatkan usaha-usaha untuk mempromosi program dan inisiatif ke arah menggalakkan automasi dan mekanikasi dalam proses pengilangan produk perkayuan seterusnya ke arah mengurangkan kebergantungan tinggi kepada tenaga buruh khususnya pekerja asing yang kini masih tinggi berbanding sektor pengilangan lain dalam sektor pembuatan.

C. PROGRAM YANG DILAKSANAKAN

(1) Program Pengurusan Lean

D. PELAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN LEAN

Pengurusan Lean merujuk kepada prinsip, kaedah serta usaha penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada mengenalpasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah (pembaziran kerja) bagi membantu meningkatkan kecekapan proses di tempat kerja supaya lebih produktif dan cekap.

E. OBJEKTIF PROGRAM PENGURUSAN LEAN

  • Mengenalpasti punca pembaziran dalam proses-proses utama dan merancang tindakan penambahbaikan ke arah pengeluaran yang lebih efisien dan kos efektif;
  • Menggunakan kaedah Pengurusan Lean dalam meningkatkan kecekapan proses dan operasi serta produktiviti organisasi;
  • Meningkatkan kecekapan penghantaran produk dan kepuasan pelanggan; dan
  • Berkongsi amalan terbaik supaya organisasi menjadi lebih produktif dan kompetitif.

F. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN LEAN

(i) Kaedah Program Pengurusan Lean dilaksanakan seperti berikut:

(a) Khidmat nasihat teknikal secara in-situ

(b) Bimbingan dan latihan

(c) Lawatan dan pemantauan

(d) Pembentangan dan laporan

(ii) Berikut adalah perincian pogram yang dilaksanakan dalam tiga (3) fasa seperti berikut :

(1) Fasa 1: Program Pembudayaan

(2) Fasa 2: Program Pembangunan Sistem Pengurusan Lean

         (3) Fasa 3: Pengukuran Impak dan Perkongsian

G. IMPAK PROGRAM PENGURUSAN LEAN

(1) Sepanjang sembilan (9) tahun Program Pengurusan Lean dilaksanakan sejak dari tahun 2014 sehingga tahun 2022, sejumlah RM87.9 juta telah dapat dijimatkan oleh 104 buah syarikat yang menyertai Program Pengurusan Lean MTIB terutama dari segi penjimatan kos operasi pengeluaran syarikat;

(2) Sistem operasi pengeluaran syarikat lebih fleksibel, kemas dan teratur;

(3) Pengurangan kebergantungan industri kayu kepada pekerja asing;

(4) Peningkatan jumlah tenaga kerja mahir dalam industri perkayuan;

(5) Meningkatkan penglibatan tenaga kerja tempatan khususnya golongan belia dalam menceburi kerjaya dalam sektor perkayuan  kerana keadaan persekitaran kerja yang kondusif di mana elemen 3D dapat dikurangkan;

(6) Peningkatan tahap kompetitif usahawan perkayuan dalam rantaian perniagaan kesan daripada pengurangan tahap pembaziran; dan

(7) Menggalakkan amalan pengilangan terbaik dan peningkatan produktiviti serta efisiensi operasi syarikat setelah syarikat melaksanakan penambahbaikan yang disarankan oleh penyedia latihan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Pengurusan Lean sila hubungi :

(i) Puan Normazmin Che’ Ad

Telefon : 03-9282 2235 Samb : 1332

Emel : normazmin[at]mtib[dot]gov[dot]my

(ii) Encik Rasfan Akram Hj Akmal
Telefon : 03-9282 2235 Samb : 1316
Emel    : rasfan[at]mtib[dot]gov[dot]my



Terakhir dikemaskini: 10 Ogos 2023