banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Korporat
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk:
  1. Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  2. Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima;
  3. Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara dalam talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri;
  4. Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon;
  5. Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja;
  6. Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
  7. Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja; dan
  8. Memberikan perkhidmatan berkualiti, cekap dan mesra.

Pencapaian Piagam Pelanggan MTIB 2024 (Jan - Mei)

JanjiMenepati Tempoh Masa / Standard Piagam PelangganMelebihi Tempoh Masa / Standard Piagam PelangganJumlah Perkhidmatan
Jumlah Menepati Standard% Menepati StandardJumlah Melebihi Standard% Melebihi Standard
Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. 286 100 - - 269
Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan  pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. 1,329 100 - - 1,329
Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara dalam talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri. Lesen Eksport 26,819 99.53 126 0.47 26,945
Lesen Import (manual) 14,451 100 - - 14,451
Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon. 22,373 100 - - 22,373
Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja. 1,975 100 - - 1,975
Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. 381 100 - - 381
Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja. 92 100 - - 92
1. Jumlah perkhidmatan disampaikan yang menepati tempoh masa/standard yang ditetapkan
2. Peratus perkhidmatan disampaikan yang menepati tempoh masa/standard yang ditetapkan
3. Jumlah perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan
4. Peratus perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan

Terakhir dikemaskini: 18 Jun 2024