NORMA BAHARU BEKERJA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI NEGERI SELANGOR, SABAH DAN WP KUALA LUMPUR MULAI 22 OKTOBER 2020
Dimaklumkan bahawa selaras dengan kenyataan YB Menteri Kanan Keselamatan pada 20 Oktober 2020 dan arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam [ruj. JPA.SARAAN(S)256/6/31JLD.7(2)] pada 21 Oktober 2020, semua warga kerja di pejabat MTIB yang berada dalam Negeri Selangor, Sabah dan WP Kuala Lumpur adalah diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) mulai 22 Oktober 2020 sehingga tarikh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.
Namun demikian, bagi memastikan keberkesanan dan fasa pemulihan ekonomi pada masa ini serta kebenaran yang telah dikeluarkan oleh pihak MITI bagi pihak industri dan sektor ekonomi untuk terus beroperasi dalam tempoh PKPB ini, MTIB telah mengatur pengoperasian aktiviti utama MTIB seperti berikut :
Bil | AKTIVITI | PENGOPERASIAN |
1 | PENDAFTARAN |
|
2 | PELESENAN DAN PEMERIKSAAN FIZIKAL | Pelanggan adalah digalakkan untuk membuat permohonan melalui sistem MCS pada hari bekerja. Walaubagaimanapun, urusan manual boleh dilakukan di pejabat MTIB berhampiran pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi – 2.00 petang. |
3 | LAIN-LAIN URUSAN | Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui emel MTIB: info[at]mtib[dot]gov[dot]my atau melalui portal MTIB: www.mtib.gov.my serta media sosial rasmi MTIB yang lain. |
Sekian, terima kasih.
Ketua Pengarah MTIB
22 Oktober 2020