banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Pinjaman Program Sokongan Bahan Mentah

PEMBIAYAAN PINJAMAN JANGKA PENDEK - BAHAN MENTAH

MTIB menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan perkayuan Bumiputera bagi memperoleh bahan mentah berasaskan kayu yang akan digunakan untuk pemprosesan produk siap.

           1.   Pelaksanaan Program

1.1.  Had minimum pinjaman bagi setiap permohonan adalah RM5,000.
1.2. Had maksimum pinjaman bagi:-

a) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) – RM500,000 bagi setiap permohonan.

Walau bagaimanapun, permohonan bagi Syarikat Sdn. Bhd. boleh dipertimbangkan nilai maksimum pinjaman RM1,000,000 tertakluk kepada syarat berikut:-

i) Merupakan kontraktor utama; dan
ii) Kontrak pusat / kontrak luar negara / kontrak melebihi RM2,000,000.

b)  Syarikat Enterprise (Perniagaan Tunggal / Perkongsian) – RM50,000 bagi setiap permohonan.

1.3. Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 2.0% daripada nilai pinjaman yang telah diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh invois yang dikeluarkan oleh MTIB.

1.4  Kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada baki peruntukan yang masih ada semasa permohonan dikemukakan.

1.5. Bayaran balik pinjaman hendaklah dibuat dalam tempoh kontrak kerja yang masih berkuatkuasa atau selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas tempoh kontrak kerja tamat.

2. Syarat Permohonan

2.1  Pemohon bagi pinjaman PSBM hendaklah:-

a) Merupakan sebuah syarikat bertaraf Bumiputera;

b) Berdaftar dengan MTIB sebagai pedagang;

c) Telah menceburi industri perkayuan sekurang-kurangnya satu (1) tahun KECUALI bagi usahawan perkayuan di bawah bimbingan MTIB;

d) Memperolehi kontrak kerja yang telah dimuktamadkan dan masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya:-

    i) 30 hari bagi kontrak kerja yang melebihi tempoh satu (1) bulan; atau

    ii) Tiga (3) minggu bagi kontrak kerja yang kurang tempoh satu (1) bulan

dari tarikh permohonan pinjaman yang lengkap diterima oleh MTIB.

e) Sebuah syarikat yang tidak digulungkan atau dalam proses penggulungan dan semua Pengarah / Pemilik bukanlah seorang yang bankrap atau dalam proses pembankrapan; dan

f) Tiada sebarang tunggakan hutang dengan MTIB.

2.2  Syarikat pemohon digalakkan menjalani / memohon untuk menjalani auditan SCORE (SME Competitiveness Rating For Enhancement) atau M-CORE (untuk kategori Mikro) oleh MTIB atau SME Corp Malaysia.

3. Cara Memohon

3.1  Borang permohonan boleh dimuat turun di SINI atau diperoleh dari pejabat-pejabat MTIB Wilayah / Negeri 


Garis Panduan Pelaksanaan PSBM
boleh dirujuk di SINI untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci.

Hubungi kami di:-

Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (BPEB)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Tingkat 9, Menara PGRM 2, No. 6, Jalan Pudu Ulu
56100 Cheras, Kuala Lumpur

Tel.: 03-9282 2235

Pegawai Dihubungi:-
a) Pn. Anisatur Rahmah Puteri Ahmad Fadzil (samb.: 1355)
b) Pn. Norazfizawatie Aziz (samb.: 1350)



Terakhir dikemaskini: 20 Jun 2024