banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Perladangan Hutan
  • Perundingan dan Khidmat Nasihat dalam Perladangan Karas dan Pengeluaran Gaharu

Perundingan dan Khidmat Nasihat dalam Perladangan Karas dan Pengeluaran Gaharu

Perladangan karas untuk penghasilan gaharu dan produk nilai tambah tidak dapat dinafikan mempunyai potensi yang cerah untuk diceburi oleh pengusaha ladang dan pekebun kecil. Pasaran gaharu eksport dan domestik sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Pada masa ini pengeluaran gaharu dari Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan produk ini samada pasaran eskport dan domestik. Tumpuan potensi gaharu tidak boleh difokus hanya dari hutan asli. Oleh yang demikian, alternatif jangkamasa panjang adalah dengan penggalakkan perladangan karas.

Bagi memberi nasihat dan panduan dalam perladangan karas dan penghasilan gaharu supaya lebih terarah, MTIB telah menyediakan khidmat nasihat dalam aspek ini. Sehubungan dengan itu, kepada pengusaha dan individu persendirian boleh menghubungi pegawai MTIB berikut untuk mendapatkan khidmat nasihat :

Bahagian Perladangan Hutan
03-92822235 

Mohd Hariz bin Husni
mohd_hariz[at]mtib.gov.my
samb.1223

Puan Norliwati binti Mohd Yusof
norliwati[at]mtib.gov.my
samb. 1412

Terakhir dikemaskini: 26 April 2021