banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI BULUH MALAYSIA 2021 - 2030

PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI BULUH MALAYSIA 2021 - 2030

Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 ini merupakan kesinambungan dari pelan tindakan terdahulu (2011-2020). Dalam pelan tindakan yang lepas, ia memfokuskan kepada lima (5) teras strategik iaitu :
(1) Penubuhan Ladang Buluh dan Melestarikan Pengurusan Sumber Asli Sedia Ada
(2) Pembangunan Modal Insan
(3) Pembangunan Aktiviti Hiliran
(4) Penyelidikan dan Pembangunan
(5) Promosi dan Perdagangan

Manakala bagi pelan tindakan baharu (2021-2030) ini, ia akan turut memberi tumpuan kepada lima (5) teras strategik yang telah disasarkan iaitu:
(1) Pengukuhan Dasar dan Perluasan Sumber
(2) Peningkatan Modal Insan, Kepakaran dan Kapasiti
(3) Pengukuhan Inovasi, Teknologi dan R & D & C
(4) Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti
(5) Pengukuhan Strategi Pemasaran dan Perkongsian Pintar

Setiap teras strategik ini akan menjadi penentu utama bagi merancakkan perkembangan industri buluh di negara ini samada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia berperanan dalam memperkasakan hala tuju untuk menjadikan Malaysia antara negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh dunia.

Klik di pautan ini untuk memuat turun buku Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 : https://drive.google.com/file/d/1b39p6xLaQtakRJpwUv0ZcWd1dFN8MJl4/view?usp=sharing

Terakhir dikemaskini: 13 Oktober 2021