banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • MAKLUMAN BERKENAAN PENGELUARAN SIJIL MYTLAS KE SEMUA PASARAN ANTARABANGSA

MAKLUMAN BERKENAAN PENGELUARAN SIJIL MYTLAS KE SEMUA PASARAN ANTARABANGSA

Dimaklumkan mulai 1 Januari 2022, pengeluaran Sijil MYTLAS diperluaskan ke semua pasaran antarabangsa dengan pengenaan caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 per Sijil MyTLAS. Dengan pelaksanaan ini, pengeluaran Sijil Statement Legality Timber Source (SLTS) dan Statement of Rubberwood dihentikan sepenuhnya menjadikan Sijil MyTLAS sebagai dokumen utama pengesahan legaliti kayu dari Semenanjung Malaysia. Makluman berkenaan perkara ini adalah melalui Surat Ketua Pengarah MTIB rujukan (17) LPKM 7/11/04/2/3/9 Jld.11, bertarikh 13 Disember 2021.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Pelesenan Ibu pejabat MTIB - Puan Sunita Muhamad (Tel: 03-92822235 (samb.: 1263) e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Puan Aimie Aiza Mohd Tusin (Tel: 03-92822235 (samb.: 1425) e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..


Garis Panduan Permohonan Sijil Timber Legality Assurance System (MyTLAS) Semenanjung Malaysia 
Surat Pengeluaran Sijil MyTLAS kepada industri



Terakhir dikemaskini: 04 April 2022