Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • MAKLUMAN BERKENAAN PEMANSUHAN PENALTI/ DENDA KE ATAS PEMBAHARUAN PENDAFTARAN LEWAT DAN PEMANSUHAN DEPOSIT SES UNTUK PENDAFTARAN BARU PENGEKSPORT KAYU

MAKLUMAN BERKENAAN PEMANSUHAN PENALTI/ DENDA KE ATAS PEMBAHARUAN PENDAFTARAN LEWAT DAN PEMANSUHAN DEPOSIT SES UNTUK PENDAFTARAN BARU PENGEKSPORT KAYU

Kepada:

Syarikat Pengeksport

Syarikat Pembekal

Syarikat Pemproses

Syarikat/ Individu Pemeringkat

Persatuan Kayu Kayan


Dimaklumkan bahawa selari dengan semakan semula dan pengemaskinian Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2021, Ketua Pengarah MTIB melalui memo LPKM 3/302/3/4 Jilid 12 (13) bertarikh 2 Julai 2021 telah mengarahkan agar Penalti / Denda ke atas Pembaharuan Pendaftaran Lewat dan Pemansuhan Deposit Ses Untuk Pendaftaran Pengeskport Kayu dimansuhkan.

Pemansuhan penalti/ denda yang dikenakan kepada syarikat/ individu yang lewat memperbaharui pendaftaran dan pemansuhan deposit ses RM200.00 bagi pendaftaran baharu sebagai pengeksport adalah berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Seksyen Pendaftaran, Bahagian Pelesenan dan Inspektorat MTIB melalui telefon di 03-92822235.

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

31 Disember 2021



Terakhir dikemaskini: 04 Januari 2022