banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • KUOTA EKSPORT 2022 : PRODUK KARAS/GAHARU DAN KAYU RAMIN | EXPORT QUOTA 2022 : KARAS / AGARWOOD PRODUCTS AND RAMIN TIMBER

KUOTA EKSPORT 2022 : PRODUK KARAS/GAHARU DAN KAYU RAMIN | EXPORT QUOTA 2022 : KARAS / AGARWOOD PRODUCTS AND RAMIN TIMBER

Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686)  di bawah Seksyen 6(1) dalam Jadual Pertama menyatakan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority-MA) dan Seksyen 19 dalam Jadual Kedua pula menyatakan MTIB adalah Pegawai Penguatkuasa (Enforcement Officer-EO) untuk spesies kayu terjadual CITES bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sejajar dengan peranan ini, MTIB mengumumkan kuota eksport bagi tahun 2022 untuk produk Karas/Gaharu adalah sebanyak 50,000 kg manakala bagi kayu Ramin sebanyak 10,000 m3. Permohonan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin boleh dimohon mulai hari ini dan hendaklah mengikut syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan. Panduan permohonan permit CITES boleh dirujuk di sini  [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].


Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin, sila hubungi Seksyen Pelesenan - Pn Nor Shahira Mat Nasir / En Mohamad Firdaus Abas di talian 03-9282 2235 sambungan 1354 /1360.


____________________________________________________________________________________________________________

The International Trade in Endangered Species Act 2008 (Act 686) under Section 6 (1) of the First Schedule states that the Malaysian Timber Industry Board (MTIB) is a Management Authority (MA) and Section 19 of the Second Schedule, states that MTIB is an Enforcement Officer (EO) for CITES listed timber species for Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan.

In line with this responsibility, MTIB announced an export quota for 2022 for Karas/Gaharu products of 50,000 kg, while for Ramin timber products of 10,000 m3. Applications for export quotas for Karas, Gaharu, and Ramin timber products can be submitted beginning today and must adhere to the terms and conditions.The CITES permit application guide can be found here [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].

For further inquiries regarding the export quota of Karas/Gaharu and Ramin timber products, please contact the Licensing Section - Pn Nor Shahira Mat Nasir / En Mohamad Firdaus Abas at 03-9282 2235 extension 1354 / 1360.



Terakhir dikemaskini: 23 Februari 2022