banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • wisdec

FAQ

Apakah Objektif penubuhan WISDEC?

  • Memberi latihan kemahiran secara industry-oriented untuk industri perkayuan
  • Membantu meningkatkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam pengeluaran perabot
  • Menggalakkan pemindahan teknologi melalui latihan teknikal bagi memodenkan industri pemprosesan kayu. Membantu dalam pembangunan produk

Apakah fungsi atau peranan utama WISDEC terhadap Industri Perkayuan?

  • Menganjurkan Program-program latihan berbentuk Teknikal untuk Industri
  • Khidmat Nasihat Teknikal
  • Menggalakkan Aktiviti Pemindahan Teknologi
  • Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan Produk

Apakah bentuk-bentuk latihan yang ditawarkan WISDEC kepada industri perkayuan?

i) Kursus Jangka Pendek

Kursus Berjadual (Scheduled Courses)
Kursus-kursus yang dirancang secara tahunan untuk memenuhi keperluan pihak industri kayu khususnya di peringkat operator pengeluaran, penyelia dan pengurusan.

Kursus Atas Permintaan (Customised Courses / In-House Training)
Kursus ini dilaksanakan atas permintaan pihak-pihak tertentu sama ada dari pihak industri mahupun dari organisasi tertentu. Kursus-kursus atas permintaan yang kerap dianjurkan oleh WISDEC adalah seperti berikut:
  1. Kursus Pengenalan MGR
  2. Kursus Asas Teknologi Kayu
  3. Kursus Anatomi Dan Pengecaman Kayu
  4. Kursus Pemesinan Kayu
  5. Kursus Pembuatan Perabot
  6. Kursus Pemeringkatan Kayu
ii) Latihan Berasaskan Ketrampilan (Competency Based Training)

Skim Perantisan Industri Berasaskan Kayu (Perabot)
Skim Perantisan Berasaskan Kayu (Perabot) telah diwujudkan oleh MTIB bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat perkayuan khususnya perabot menaja pelajar lepasan sekolah PMR/SPM/pekerja, bagi mengikuti latihan kemahiran khasnya dalam bidang pemprosesan perabot (Sila rujuk Lampiran I).

Kursus Pengeringan Kayu
Kursus ini dianjurkan bersama oleh MTIB, FRIM dan UPM. Peserta yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kelayakan (Certificate of Competency).

Adakah terdapat sebarang insentif latihan yang ditawarkan kepada pihak industri jika mengikuti latihan di WISDEC?

MTIB merupakan di antara agensi yang telah disenaraikan sebagai Institusi Latihan Yang Diluluskan di bawah Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Bagi Latihan Yang Diluluskan) 1992. Syarikat-syarikat yang menghantar pekerja mereka untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh MTIB, boleh menikmati potongan cukai yang sewajarnya di bawah kaedah-kaedah ini.

Industri kayu juga boleh menikmati insentif latihan melalui skim-skim yang berkaitan dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).Skim-skim tersebut adalah:
  1. Skim Bantuan Latihan (SBL) - dengan syarat segala keperluan PSMB dipenuhi.
  2. Skim Bantuan Latihah Khas dengan syarat segala keperluan PSMB dipenuhi
  3. MTIB juga telah didaftarkan sebagai penyedia latihan di bawah PROLUS di mana sebanyak 7 kursus MTIB telah mendapat taraf Approved Training Programme(ATP). Senarai kursus MTIB yang telah mendapat pengiktirafan ATP adalah seperti di bawah:

    1. Perancangan Dan Kawalan Dalam Industri Perabot
    2. Ekonomi Pengeluaran Perabot
    3. Pengkosan Dan Belanjawan Produk
    4. Interpretasi Lukisan Rekabentuk Perabot
    5. Solid Wood Lamination
    6. Pengeringan Kayu
    7. Penggunaan Kayu Dalam Pembinaan


Last Updated: 18 August 2020