banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Services
  • Lean Management Programme

Program Pengurusan Lean

A. PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI YANG DILAKSANAKAN OLEH MTIB – PROGRAM PENGURUSAN LEAN

Bagi mencapai sasaran Malaysia untuk menjadi negara maju dan berdaya saing, adalah perlu bagi industri perkayuan negara untuk fokus terhadap meningkatkan kadar produktiviti negara ke tahap yang lebih tinggi. Selain daripada mempromosikan inovasi, meningkatkan produktiviti merupakan agenda kerajaan di dalam era perubahan teknologi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Salah satu kaedah untuk mencapai sasaran ini adalah melalui pengamalan Pengurusan Lean Pengamalan Pengilangan Terbaik di dalam operasi pembuatan/pengilangan industri perkayuan negara.

Tujuan utama program ini disediakan adalah untuk memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada usahawan dalam industri perkayuan terutamanya dalam Pengurusan Lean dengan memberi fokus kepada aspek keselamatan, kesihatan pekerja, produktiviti serta mengurangkan tahap pembaziran untuk meningkatkan produktiviti melalui sistem pengeluaran yang teratur dan amalan penjimatan yang berterusan.

Program ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dengan penglibatan pihak industri dalam sektor perkayuan sejak tahun 2014 sehingga tahun 2024 tertakluk kepada peruntukan yang disediakan. Secara keseluruhanya program ini terbuka kepada semua kategori usahawan (besar/sederhana/mikro) sama ada Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang komited dalam sektor industri perkayuan di seluruh Malaysia.

B. OBJEKTIF PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI

I.   Memberi bimbingan dan latihan kepada pihak industri perkayuan;
II.  Mengenalpasti punca pembaziran dalam proses-proses utama dan merancang tindakan penambahbaikan ke arah pengeluaran yang lebih efisien dan kos efektif;
III.  Menggunakan kaedah Pengurusan Lean dalam meningkatkan kecekapan proses dan operasi serta produktiviti organisasi;
IV.  Berkongsi amalan terbaik supaya organisasi menjadi lebih produktif dan kompetitif.

C. STATUS PROGRAM PENGURUSAN LEAN

I. PENCAPAIAN PROGRAM
    Penyertaan : 115 Syarikat perkayuan telah menyertai Program Pengurusan Lean dari tahun 2014-2023.

II. PENJIMATAN
     RM103.4 juta penjimatan telah dapat dijimatkan oleh 115 buah syarikat terutama dalam kos operasi pengeluaran syarikat.

III. PELAKSANAAN PROGRAM
      Program Pengurusan Lean dilaksanakan selaras dengan DAKN dan NTISP untuk memberi kesedaran serta galakan kepada usahawan perkayuan untuk terus berusaha melakukan usaha-usaha penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan proses dalam operasi pengilangan serta mengurangkan kos pembaziran.

D. IMPAK PROGRAM PENGURUSAN LEAN

     Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh MTIB bagi membantu industri perkayuan meningkatkan kecekapan proses di tempat kerja supaya lebih produktif dan cekap kearah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti kearah budaya kerja yang cemerlang. Pelaksanaan Program Pengurusan Lean MTIB telah memberikan impak kepada pihak industri perkayuan seperti berikut:
 
i. Program Pengurusan Lean telah membuktikan ianya dapat membantu syarikat perkayuan ke arah pengeluaran dan pemprosesan yang lebih kos efisien. Ini disebabkan kaedah yang diadaptasi dari proses pengeluaran produk mampu memaksimumkan penggunaan sumber-sumber dan mengurangkan pembaziran sekaligus dapat membantu bukan sahaja proses kerja individu tetapi rantaian satu proses dengan satu proses yang lain.

ii. Program ini juga memberi manfaat serta membantu syarikat perkayuan untuk meningkatkan produktiviti melalui inisiatif penambahbaikan dan seterusnya meningkatkan margin keuntungan serta daya saing syarikat;

iii. Menggalakkan amalan pengilangan terbaik dan peningkatan produktiviti serta efisiensi operasi syarikat setelah syarikat melaksanakan penambahbaikan yang disarankan;

iv. Meningkatkan penglibatan tenaga kerja tempatan khususnya golongan belia dalam menceburi kerjaya dalam sektor perkayuan kerana keadaan persekitaran kerja yang kondusif di mana elemen 3D dapat dikurangkan; dan

v.  Program ini telah menggalakkan pihak industri perkayuan untuk memainkan peranan yang lebih proaktif serta mempergiatkan usaha aplikasi automasi dan mekanisasi di dalam operasi pengilangan masing-masing selaras hasrat Kerajaan Malaysia ke arah Revolusi Industri 4.0.

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Pengurusan Lean sila hubungi :

(i) Puan Normazmin Che’ Ad
     Telefon : 03-9282 2235 Samb : 1332
     Emel : normazmin[at]mtib[dot]gov[dot]my

(ii) Encik Rasfan Akram Hj Akmal
      Telefon : 03-9282 2235 Samb : 1316
      Emel : rasfan[at]mtib[dot]gov[dot]my

Last Updated: 24 June 2024