banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • PEMAKLUMAN KEPERLUAN PEMATUHAN SIJIL FITOSANITARI BAGI PENGEKSPORTAN KAYU KAYAN KE NEGARA JEPUN

PEMAKLUMAN KEPERLUAN PEMATUHAN SIJIL FITOSANITARI BAGI PENGEKSPORTAN KAYU KAYAN KE NEGARA JEPUN

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Jepun telah memaklumkan bahawa pengekportan kayu dan produk kayu ke negara Jepun adalah tertakluk kepada keperluan Sijil Fitosanitari (Phytosanitry Certificate - PC) oleh pihak Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF), Jepun yang akan berkuatkuasa mulai 5 OGOS 2023.

Keperluan komoditi kayu kayan yang dieksport ke Jepun perlu diiringi dengan Sijil Fitosanitasi berdasarkan pindaan Ordinance for Enforcement of the Plant Protection Act Jepun, di bawah Artikel 5-3 pada item No. 4  [ KLIK DI SINI ]. Secara prinsip, kayu kayan/balak dengan proses minimal atau masih mempunyai kulit (bark), atau dieksport bagi tujuan pertanian (sebagai contoh gardening material, soil covering material, peat moss) perlu diiringi dengan Sijil Fitosanitasi. Bagi tujuan pemahaman, disertakan contoh jenis kayu kayan yang TERTAKLUK kepada keperluan ini seperti berikut:

  1. Log/timbers (HSC 4403)
  2. Wood chips (yang masih berkulit dan dieksport bagi tujuan pertanian)
  3. Firewoods (yang masih berkulit dan dari spesies Pinus Pinea, Guibourtia Pellegriniana, Pinus Lambertiana dan Pinus Maritima sahaja)

Manakala contoh jenis kayu kayan yang TIDAK TERTAKLUK kepada keperluan ini pula adalah seperti berikut:

  1. Sawn wood (HSC 4407)
  2. Plywood/Veneered board (HSC 4412)
  3. Fibreboard (HSC4411)
  4. Wood chips for fuel
  5. Charcoal (completely carbonized)
  6. Railroad tie   
     

Notifikasi makluman WTO yang dibuat oleh Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF) Jepun boleh dirujuk   [ KLIK DI SINI ]. Sebarang pertanyaan lanjut sila menghubungi Seksyen Pelesenan MTIB di talian 03-92822235.

Pegawai untuk dihubungi :

1.  Puan Sunita Muhamad (samb. 1263) / e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2. Puan Nurul Atiqah Shahruddin (samb. 1303) / e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.





Last Updated: 02 August 2023