NOTIS PEMBERITAHUAN PROSEDUR EKSPORT OLEH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
[KLIK DI SINI]
. Bermula 15 November 2023, pengikraran Borang Kastam No.2 (Eksport) adalah diwajibkan sebelum semua kontena pengeksportan memasuki Kawasan Zon Perdagangan Bebas (Westport dan Northport).Sehubungan dengan itu, pelaksanaan imbasan kontena secara 100% ke atas semua kontena pengeksportan akan dilakukan oleh JKDM bersama agensi kerajaan yang lain. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat adalah dimohon untuk memastikan kontena berstatus pengeksportan melalui laluan mesin pengimbas sebelum memasuki Kawasan Zon Perdagangan Bebas.
Bersama ini disertakan notis pemberitahuan daripada pihak JKDM untuk perhatian ke atas perkara ini. Kerjasama dan perhatian dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Pelesenan & Inspektorat
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia