banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • PEMAKLUMAN BERKENAAN CAJ PERKHIDMATAN KE ATAS PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN KHAS PENGIMPORTAN DAN PENGEKSPORTAN KAYU DAN KELUARAN KAYU

PEMAKLUMAN BERKENAAN CAJ PERKHIDMATAN KE ATAS PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN KHAS PENGIMPORTAN DAN PENGEKSPORTAN KAYU DAN KELUARAN KAYU


Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Lembaga untuk mengenakan caj perkhidmatan ke atas setiap pemprosesan kelulusan khas pengimportan dan pengeksportan produk kayu. Pengenaaan caj perkhidmatan ini adalah selaras dengan kuasa Lembaga di bawah seksyen 20A Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105].

Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa penguatkuasaan caj perkhidmatan ke atas pemprosesan kelulusan khas pengimportan dan pengeksportan produk kayu akan bermula pada 15 September 2023. Kadar caj perhidmatan kelulusan khas MTIB adalah seperti berikut:

  • Institusi/Jabatan/Lembaga/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan dengan Caj Perkhidmatan sebanyak RM100.00 per kelulusan; dan
  • Pihak selain daripada Institusi/Jabatan/Lembaga//Badan Berkanun/Agensi Kerajaan atau syarikat swasta dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak RM400.00 per kelulusan.

Surat Ketua Pengarah MTIB berhubung pemakluman ini dan Terma Rujukan adalah seperti [ DI SINI ]. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pelesenan) di talian utama MTIB 03-92822235:

  • Puan Sunita Muhamad (samb: 1263) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Puan Nurul Atiqah Shaharuddin (samb: 1303) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Last Updated: 30 August 2023