banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • AUDIT PEMATUHAN SISTEM JAMINAN PENGESAHAN KAYU SEMENANJUNG MALAYSIA (MyTLAS) | COMPLIANCE AUDIT TIMBER LEGALITY ASSURANCE SYSTEM (MyTLAS) FOR PENINSULAR MALAYSIA

AUDIT PEMATUHAN SISTEM JAMINAN PENGESAHAN KAYU SEMENANJUNG MALAYSIA (MyTLAS) | COMPLIANCE AUDIT TIMBER LEGALITY ASSURANCE SYSTEM (MyTLAS) FOR PENINSULAR MALAYSIA

Legaliti dan pensijilan merupakan keperluan global yang perlu diberi perhatian, khususnya bagi memastikan industri kayu Negara terus kekal mampan dan kompetitif di pasaran antarabangsa. Sistem legaliti produk kayu bagi Semenanjung Malaysia yang mula diperkenalkan, hasil dari rundingan dengan EU di atas platform FLEGT-VPA merupakan suatu inisiatif yang perlu ditingkatkan kredibiliti dan diperluaskan, bagi menjamin bekalan kayu Negara terus mendapat tempat di peringkat antarabangsa, dan seterusnya memastikan peningkatan nilai eksport produk kayu Negara.

Pematuhan kepada keperluan legaliti di sepanjang rantaian bekalan adalah penting bagi menjamin kemampanan hasil hutan dan perladangan sebagai sumber asli negara dan proses-proses yang terlibat hingga ke perdagangan dalam dan luar negara.

MTIB telah membangunkan MyTLAS sejak tahun 2012 dan pengeluaran Sijil MyTLAS untuk tujuan eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) telah bermula dari Februari 2013. MyTLAS merupakan sistem pengesahan legaliti kayu kayan yang dikeluarkan oleh Semenanjung Malaysia dengan berasaskan kepada enam (6) prinsip dan 24 jadual TLAS.

Pengeluaran Sijil MyTLAS adalah berasaskan kepada sistem legaliti kayu atau dikenali sebagai Timber Legality Assurance System Peninsular Malaysia (MyTLAS). Ianya merupakan inisiatif kerajaan dalam memberikan pengesahan ke atas pengeluaran kayu kayan di sepanjang rantaian pemprosesan (chain of custody) sehingga ke pintu keluar (eksport)

Sistem legaliti kayu ini telah menjalani 2 sesi pengauditan oleh pihak ketiga iaitu pada tahun 2013 dan 2020. Hasil pengauditan pada tahun 2020 mengesahkan bahawa sistem legality MyTLAS berkredibiliti dan memenuhi kepatuhan Timber Legality. Pengukuhan dan pemantapan MyTLAS secara keseluruhannya, telah dilaksanakan dengan kerjasama semua Agensi Pelaksana.

Klik di pautan ini untuk memuat turun Ringkasan Laporan – Audit Pematuhan Sistem Jaminan Pengesahan Kayu Semenanjung Malaysia (MyTLAS).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Legality and certification are global requirements that need to be addressed, especially to ensure that the country's timber industry continues to remain sustainable and competitive in the international market. The timber product legality system for Peninsular Malaysia, which was first introduced as a result of negotiations with the EU on the FLEGT-VPA platform, is an initiative that needs to gain credibility and expand, to ensure the country's timber supply continues to gain international recognition and further ensure an increase in the export value of wood products from the state.

To make sure that forest and plantation products, as well as the country's natural resources and the processes that go into both domestic and international trade, are safe, people need to follow the law all the way through the supply chain.

MTIB has been developing MyTLAS since 2012 and the issuance of MyTLAS Certificates for export purposes to European Union (EU) countries started in February 2013. MyTLAS is a timber legality verification system issued by Peninsular Malaysia, based on six (6) principles and 24 TLAS tables.

The issuance of the MyTLAS Certificate is based on the timber legality system, also known as the Timber Legality Assurance System Peninsular Malaysia (MyTLAS). It is a government initiative to make sure that the wood that comes from trees can be traced all the way through the processing chain (chain of custody) to the end point (export).

The timber legality system has undergone 2 auditing sessions by third parties in 2013 and 2020. The audit results in 2020 confirmed that the MyTLAS legality system is credible and meets the timber legality requirements. The strengthening and consolidation of MyTLAS has been implemented in collaboration with all implementing agencies.

Click on this link to download the Summary Report-Compliance Audit of Timber Legality Assurance System (MYTLAS) Peninsular Malaysia.



Last Updated: 23 February 2022