banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Prosedur Pengimportan Kayu dan Produk Kayu

1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Mengimport yang boleh dimuat turun dari paparan laman sesawang (website) MTIB atau mendapatkan borang melalui pejabat-pejabat MTIB Wilayah yang berhampiran.
Muat Turun Borang Permohonan
Borang Permohonan Pengimportan Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian (Baru/Tambah Kategori)

Borang Permohonan Pengimportan Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian (Pembaharuan)
Borang Permohonan Pengimportan Balak/ Baulks (Baru)

Borang Permohonan Pengimportan Balak/ Baulks (Pembaharuan/ Tambah Isipadu)

2. Waktu berurusan untuk pengeluaran permit dengan Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah/Negeri :
Pejabat MTIB Hari Waktu Berurusan
Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Klang, Seberang Jaya, Kuantan Isnin - Khamis 8.30 pagi - 4.30 ptg
Rehat : 1.00 ptg  - 2.00 ptg
Jumaat 8.30 pagi - 4.30 ptg
Rehat : 12.15 t/ghari - 2.45 ptg
Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Bukit Kayu Hitam Ahad - Rabu
Khamis
8.30 pagi - 4.30 ptg
8.30 pagi - 3.00 ptg
Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg
Ditutup pada Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri
3. Syarikat pengimport mestilah berdaftar dengan MTIB selaras dengan Akta 105.

4. Untuk pendaftaran syarikat Sdn Bhd perlu mengemukakan :
i) Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;
ii) Salinan ‘Memorandum and Articles of Association', salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) dan salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) yang telah disahkan; dan
iii) Surat Perakuan Pesuruhjaya Sumpah yang telah ditandatangani.

Bagi pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian perlu mengemukakan :
i) Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;
ii) Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, salinan Lesen Perniagaan (Borang B);
iii) Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) yang telah disahkan; dan
iv) Surat Perakuan Pesuruhjaya Sumpah yang telah ditandatangani.


Untuk pengimportan kayu balak (termasuk kayu jaras) dan Baulks (item no. 5 - 11 adalah terpakai).
5. Salinan perjanjian jual beli/kontrak bekalan yang dibuat dengan pembekal luar negara dan disahkan oleh pihak kedutaan Malaysia di negara-negara tropika tertentu berkenaan (Thailand, Laos. Cambodia, Vietnam, Singapura, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Timor Leste) atau pihak berkuasa/badan/agensi yang diiktiraf oleh kerajaan negara berkenaan (Myanmar, Filipina) perlu dimajukan kepada MTIB.

6. Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Import dan Eksport (MJIE). Sekiranya diluluskan, MTIB akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh setahun dari tarikh surat dikeluarkan dan menyatakan jumlah kuantiti yang dibenarkan import.

7. Apabila konsignasi kayu balak dan Baulks tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport boleh mengemukakan permohonan permit import kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah` yang berhampiran dengan membawa Surat Kelulusan untuk mengimport yang masih sah tempoh, Sijil Negara Asal (Certificate of Origin)/Borang D negara pengeksport yang sah, invois, packing lists dan bill of lading. Juga pengimport perlu mengemukakan salah satu dokumen ”legality” yang dinyatakan pada para 24 dalam prosedur ini.

8. Pengimport diwajibkan memohon pemeriksaan fizikal (inspection) kepada MTIB untuk konsignasi kayu balak dan Baulks.

9. MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal (inspection) secara 100% ke atas permit import dan pengikraran (declaration) konsignasi kayu mengikut kaedah berikut :

i) Bagi permit import yang diperiksa, MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal di lokasi konsignasi kayu berada dan pengesahan pemeriksaan akan dibuat samada diluluskan atau tidak diluluskan dan bagi konsignasi yang berkesalahan akan diambil tindakan.

ii) Konsignasi yang diluluskan akan dicop (stamped"Telah Diperiksa dan pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) seterusnya kepada pihak Kastam.

iii) Bagi pemeriksaan fizikal yang tidak diluluskan, pengimport perlu membuat pengisytiharan (declaration) semula yang lengkap dan akan dijalankan pemeriksaan rapi MTIB sebelum diluluskan. Jika pengisytiharan (declaration) masih lagi berkesalahan, tindakan akan diambil untuk menahan konsignasi kayu.

10. Pengimport perlu mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu.

11. Pengimport juga perlu memperolehi kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri bagi urusan bayaran royalti dan pengeluaran Pas Ganti Bagi Memindahkan Hasil Hutan.


Untuk pengimportan papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi, papan partikel/serpai, papan gentian dan kayu gergaji (item no. 12 – 16 adalah terpakai) 

12. Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diluluskan dan MTIB akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh setahun dari tarikh surat dikeluarkan

13. Apabila konsignasi papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi, papan partikel/serpai, papan gentian dan kayu gergaji tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport boleh mengemukakan permohonan permit import kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah yang berhampiran dengan membawa Surat Pengesahan sebagai Pengimport yang masih sah tempoh, Sijil Negara Asal (Certificate of Origin)/Borang D negara pengeksport yang sah, invois, packing lists dan bill of lading serta perlu mengemukakan salah satu dokumen ”legality” yang dinyatakan pada para 17 dalam prosedur ini. 

14. Pengimport diwajibkan memohon pemeriksaan fizikal (inspection) kepada MTIB untuk konsignasi papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi, papan partikel/serpai, papan gentian dan kayu gergaji

15. MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal (inspection) secara rawak (random) ke atas permit import dan pengikraran (declaration) konsignasi kayu mengikut kaedah berikut:

i) Bagi permit import yang diperiksa, MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal di lokasi konsignasi kayu berada dan pengesahan pemeriksaan akan dibuat samada diluluskan atau tidak diluluskan.

ii) Bagi pemeriksaan fizikal yang diluluskan akan dicop (stamped) “Telah Diperiksa” dan pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) seterusnya kepada pihak Kastam.

iii) Bagi permit import yang tidak diperiksa dan diluluskan akan dicop (stamped) “Diluluskan Tanpa Pemeriksaan Fizikal”. Pengimport boleh terus membuat pengisytiharan (declaration) kepada pihak Kastam. 

iv) Bagi pemeriksaan fizikal yang tidak diluluskan, pengimport perlu membuat pengisytiharan (declaration) semula yang lengkap dan akan dijalankan pemeriksaan rapi MTIB sebelum diluluskan. Jika pengisytiharan (declaration) masih lagi berkesalahan, tindakan akan diambil untuk menahan konsignasi kayu.

16. Pengimport perlu mematuhi peraturan agensi lain, yang dikuatkuasakan iaitu Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import (jika berkaitan) bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu (untuk kayu gergaji sahaja). 



17. Bermula 1 Julai 2017, MTIB mengenakan keperluan pengesahan sumber “legality” ke atas pengimportan kayu dan keluaran kayu di mana salah satu dokumen berikut hendaklah dikemukakan semasa pemeriksaan fizikal selain daripada dokumen yang berkaitan iaitu :
  • Lesen FLEGT; atau
  • Certificate of Timber Certification (PEFC, MTCS); atau
  • Certificate of Voluntary Legality Scheme; atau
  • Legality Document dikeluarkan oleh Agensi/Badan/Persatuan berkaitan yang diiktiraf; atau
  • Self-Declaration yang disahkan oleh Pihak Ketiga Yang Berkelayakan; atau
  • Salinan Customs Declaration dari negara pengeksport.
18. Untuk pengimportan spesies kayu terancam yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga, Akta 686, Permit Eksport CITES Negara Pengeksport mestilah dikemukakan lebih awal kepada MTIB untuk mendapatkan pengesahan dari negara pengeluar ke atas permit berkenaan sebelum permit import CITES dikeluarkan oleh MTIB.

19. Tempoh sah permit import adalah 60 hari dari tarikh dikeluarkan.

20. Pihak Kastam akan memastikan semua keperluan dan peraturan telah dilaksanakan sebelum memberi pelepasan (clearance) ke dalam Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

21. Sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan dengan prosedur pengimportan boleh berhubung menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. /Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau dimajukan kepada Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah di alamat berikut :

Pejabat MTIB
Pengarah Pelesenan & Inspektorat
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8
Jalan Pudu Ulu, Cheras
50728 KUALA LUMPUR
Tel : 03 - 9282 2235
Fax : 03 - 9285 1744
Website : 
www.mtib.gov.my

Ketua MTIB Wilayah Utara
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
No. 8, Jalan Todak 5
Pusat Bandar Sunway
13700 SEBERANG JAYA
Pulau Pinang
Tel : 04 - 3983358
Fax : 04 - 3998358

Ketua MTIB Wilayah Tengah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
No. 29, Lorong Batu Nilam, 10-A, Bandar Bukit Tinggi
41200 KELANG
Selangor
Tel : 03 - 3324 3063
Fax : 03 - 3324 3753

Ketua MTIB Wilayah Selatan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
No. 25-02, Jalan Bestari 1/4
Taman Nusa Bestari
81300 SKUDAI
Johor Bharu
Tel : 07 - 5116672 / 5116682
Fax : 07 - 5116787

Ketua MTIB Wilayah Timur
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
PT 436, Bandar Baru Tunjung
Jalan Kuala Krai
15100 KOTA BHARU
Kelantan
Tel : 09 - 7483824 / 7481867
Fax : 09 - 7477343

Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
B-54, Jalan IM 3/10, BIM Point
Bandar Indera Mahkota
25200 KUANTAN
Pahang
Tel : 09 - 5735062 / 5735063
Fax : 09 - 5735064

Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
472-G, Jalan Kamaruddin
20400 KUALA TERENGGANU
Terengganu
Tel : 09 - 6262711
Fax : 09 - 6262712

SENARAI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU MEMERLUKAN PERMIT IMPORT
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Jadual Kedua, Bahagian I, Perenggan 4, Butiran 2
[ P.U.(A) 117 bertarikh 13 April 2023 ]

No. Jenis Barangan Kayu Kod Kastam
1. Balak, Baulks (Logs; wood in the rough, whether or not stripped of its bark or merely roughed down; wood roughly squared or half-squared but not further manufactured; and baulks) 44.03
2. Kayu Gergaji (Sawn Timber) 44.07
3. Papan Partikel/Serpai (Particleboard/ Chipboard) 44.10
4. Papan Gentian (Fibreboard) 44.11
5. Papan Lapis dan venir berlaminasi (Plywood, veneered panel and similar laminated wood) 44.12
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
16 Mei 2023

Lampiran Carta Aliran Import

Terakhir dikemaskini: 26 Oktober 2023