banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Prosedur Pengeksportan Kayu dan Produk Kayu

1. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah diperturunkan kuasa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengeluarkan permit eksport bagi kayu dan keluaran kayu selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kastam 1967, Jadual Kedua, Perenggan 3, Butiran 5, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 P.U.(A) 122 yang diwartakan pada 14 April 2023. Prosedur ini juga adalah selaras dengan pewartaan Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105] pada 15 Mac 2012. Prosedur ini terpakai untuk pengeksportan dari Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

2. Waktu berurusan untuk pengeluaran lesen dengan Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah :
Pejabat MTIB Hari Waktu Berurusan
Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Klang, Seberang Jaya, Kuantan Isnin - Khamis 8.30 pagi - 4.30 ptg
Rehat : 1.00 ptg  - 2.00 ptg
Jumaat 8.30 pagi - 4.30 ptg
Rehat : 12.15 t/ghari - 2.45 ptg
Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Bukit Kayu Hitam Ahad - Rabu
Khamis
8.30 pagi - 4.30 ptg
8.30 pagi - 3.00 ptg
Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg
Ditutup pada Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri
*sebarang kelulusan permit di luar waktu tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara pejabat pengeluar permit.

3. Pengeksport yang telah berdaftar dengan MTIB akan mempunyai kod ID (User ID) dan kata-laluan (Password) bagi membolehkan mereka memohon permit eksport secara atas talian (on-line) melalui paparan laman sesawang (web-site) MTIB Core System : MCS

4. Pemohon hendaklah mengisi semua butiran yang diperlukan dengan lengkap (bertanda * wajib diisikan), menjelaskan bayaran ses dan menghantar terus secara atas talian (on-line) kepada Ibu Pejabat MTIB atau mana-mana pejabat MTIB Wilayah tanpa perlu menghantar dokumen sokongan yang berkaitan (packing list, invoice, sijil kiln drying/preservative timber dan grading summary).

5. MTIB akan menyemak dan meluluskan permit eksport, jika lengkap, atau tidak meluluskan permit eksport dengan alasan secara atas talian (on-line). Pengeksport boleh mendapat keputusan setiap permit eksport yang diluluskan atau tidak diluluskan dalam skrin status permohonan pengeksport.

6. Permit eksport yang dikeluarkan oleh MTIB adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.

7. Tempoh sah permit eksport adalah 60 hari dari tarikh dikeluarkan.

8. Bagi setiap permit eksport yang diluluskan, pengeksport perlu menyatakan tarikh untuk pemeriksaan fizikal kayu (inspection) kepada mana-mana pejabat MTIB mengikut pintu keluar eksport. Pengeksport hendaklah memastikan konsignasi kayu telah siap-sedia untuk diperiksa dan mengemukakan dokumen sokongan (seperti para 4) yang berkaitan satu hari sebelum tarikh permohonan pemeriksaan fizikal yang dipohon.

9. MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal secara rawak (random) ke atas permit eksport dan pengikraran konsignasi kayu mengikut kaedah berikut :
  1. Bagi permit eksport yang diperiksa, MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal di lokasi konsignasi kayu berada dan pengesahan pemeriksaan akan dibuat samada diluluskan atau tidak diluluskan dan bagi konsignasi yang berkesalahan akan diambil tindakan.
  2. Konsignasi yang diluluskan akan dicop (stamped) "Telah Diperiksa" dan pengeksport boleh membuat pengisytiharan (declaration) seterusnya kepada pihak Kastam.
  3. Bagi permit eksport yang tidak diperiksa akan diluluskan dan dicop (stamped) "Diluluskan Tanpa Pemeriksaan Fizikal". Pengeksport boleh terus membuat pengisytiharan (declaration) kepada pihak Kastam.
10. Bagi kayu dan keluaran kayu yang tertakluk kepada kelulusan khas MTIB antaranya kuota eksport Kayu Getah Bergergaji; kuota keluaran kayu untuk spesies kayu terancam yang disenaraikan di bawah peraturan perdagangan antarabangsa CITES; pengeksportan rotan, batang kelapa, batang kelapa sawit dan balak tanaman ladang (plantation log); penyertaan pameran antarabangsa; penerokaan pasaran; dan keluaran kayu bagi tujuan penyelidikan (R&D), pengeksport perlu merujuk kepada Ibu Pejabat MTIB Kuala Lumpur. MTIB akan menjelaskan kepada pengeksport mengenai prosedur dan peraturan pengeksportan yang perlu dipatuhi.

11. Pengeksportan produk perabot adalah dikeluarkan daripada keperluan permit eksport MTIB. Pengeksport boleh berurusan terus dengan pihak Kastam untuk pengeksportan produk perabot kayu.

12. Bagi pengeksportan kayu dan keluaran kayu, termasuk produk perabot kayu, yang disenaraikan di bawah skop TLAS untuk ke semua pasaran eksport, pengeksport masih tertakluk kepada prosedur eksport semasa iaitu keperluan berdaftar, memohon permit eksport MTIB, pemeriksaan fizikal (inspection) MTIB dan memohon sijil MyTLAS. Kesemua proses tersebut boleh dibuat secara atas talian (on-line) melalui MCS.

13. Sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan dengan pengeksportan hendaklah dimajukan kepada Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah/Negeri di alamat berikut :

Pejabat MTIB
Pengarah Pelesenan & Inspektorat
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8
Jalan Pudu Ulu, Cheras
50728 KUALA LUMPUR
Tel : 03 - 9282 2235
Fax : 03 - 9285 1744
Website: www.mtib.gov.my

Ketua MTIB Wilayah Utara
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
No. 8, Jalan Todak 5
Pusat Bandar Sunway
13700 SEBERANG JAYA
Pulau Pinang
Tel : 04 - 3983358
Fax : 04 - 3998358

Ketua MTIB Wilayah Tengah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
No. 29, Lorong Batu Nilam, 10-A, Bandar Bukit Tinggi
41200 KELANG
Selangor
Tel : 03 - 3324 3063
Fax : 03 - 3324 3753

Ketua MTIB Wilayah Selatan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
No. 25-02, Jalan Bestari 1/4
Taman Nusa Bestari
81300 SKUDAI
Johor Bharu
Tel : 07 - 5116672 / 5116682
Fax : 07 - 5116787

Ketua MTIB Wilayah Timur
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
PT 436, Bandar Baru Tunjung
Jalan Kuala Krai
15100 KOTA BHARU
Kelantan
Tel : 09 - 7483824 / 7481867
Fax : 09 - 7477343

Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
B-54, Jalan IM 3/10, BIM Point
Bandar Indera Mahkota
25200 KUANTAN
Pahang
Tel : 09 - 5735062 / 5735063
Fax : 09 - 5735064

Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
PT 37838, Tingkat 1 & 2, Rimba Square
Jalan Gong Pak Damat
21300 Kuala Nerus
TERENGGANU
Tel : 09 - 6262711 / 6262713 / 6262715
Fax : 09 - 6262712

Dikeluarkan oleh :
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
1 Jun 2017
(dikeluarkan semakan semula 10 Ogos 2024)

SENARAI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU YANG MEMERLUKAN PERMIT EKSPORT
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023, Jadual Kedua, Perenggan 3, Butiran 5
[ P.U.(A) 122 bertarikh 14 April 2023 ]
No.Jenis Barangan KayuKod KastamUnit Ukuran
1. Bamboo 1401.10.00 00         KGM
2. Rattans 1401.20  KGM
3. Fuel wood, wood in chips or particles; sawdust and wood waste and scrap 44.01  KGM
4. Wood charcoal 44.02  KGM
5. Logs (including baulks and roughly squared) 44.03  MTQ
6. Hoopwood 44.04  KGM
7. Wood wool ; Wood flour 44.05  KGM
8. Railways or tramway sleepers 44.06  MTQ
9. Sawn timber 44.07  MTQ
10. Veneer sheets 44.08  MTQ
11. Moulding 44.09  MTQ
12. Particleboard 44.10  MTQ
13. Fibreboard 44.11  MTQ
14. Plywood, veneered panel and similar laminated wood 44.12  MTQ
15. Densified wood 4413.00.00 00  KGM
16. Wooden frames 4414.10.00 00
4414.90.00 00
 KGM
17. Packaging cases, boxes, crates, drums and similar packing, cable drum, pallets, box pallets and other load boards, pallet collars of wood 44.15  UNT
18. Cask, barrels, vats, tub and other coopers’ products of wood, including staves 4416.00.10 00
4416.00.90.00
KGM
19. Tools, tool bodies, tool handles, broom and brush bodies and handles, of wood; shoe last and trees, of wood 4417.00.10 00
4417.00.90.00
 KGM
20. Builders joinery and carpentry, of wood 44.18  KGM
21. Tableware and kitchenware, of wood 44.19  KGM
22. Wooden article of furniture not falling in chapter 94 4420.90.10 00  KGM
23. Other articles of wood 44.21  KGM
24. Prefabricated buildings, of wood 9406.10.90 00  KGM

KADAR SES KAYU DAN KELUARAN KAYU
Perintah Ses Kayu (Pindaan) 2019
Produk KayuKadar Ses
(a) Logs of all species excluding coconut trunk of Cocos nucifera RM5.00 per cubic metre or part thereof
(b) Sawn timber (all sizes of Chengal, Damar Minyak, Nyatoh, Kembang Semangkok and Red Balau) RM255.00 per cubic metre or part thereof, either kiln-dried (KD) or air-dried (AD) sawn timber
(c) Sawn timber (all sizes of Rubberwood) RM125.00 per cubic metre or part thereof, either kiln-dried (KD) or air-dried (AD) sawn timber
(d) Timber strips (of Jelutong, Dark Red Meranti, Light Red Meranti, Red Seraya and Red Meranti) RM125.00 per cubic metre or part thereof, either kiln-dried (KD) or air-dried (AD) sawn timber
(e) Sawn timber (all sizes and species other than of species referred to in items (b), (c) and (d)) RM5.00 per cubic metre or part thereof
(f) Dressed timber (S4S), E1E, E2E, E3E and E4E (of Rubberwood and Chengal) RM125.00 per cubic metre or part thereof
(g) Dressed timber (S4S), E1E, E2E, E3E and E4E (of species other than Rubberwood and Chengal) RM5.00 per cubic metre or part thereof
(h) Moulding RM5.00 per cubic metre or part thereof
(hh) Veneer of Oil Palm Trunk for all thickness RM5.00 per cubic metre or part thereof
(i) Veneer other than of Oil Palm Trunk (2mm thickness and less) RM5.00 per cubic metre or part thereof
(j) Veneer other than of Oil Palm Trunk (exceeding 2 mm thick) RM255.00 per cubic metre or part thereof
(k) Plywood RM5.00 per cubic metre or part thereof
(j) Blockboard, Laminboard, Battenboard RM2.00 per cubic metre or part thereof
(l). Particleboard/Chipboard RM2.00 per cubic metre or part thereof
(m) Railway sleepers and crossings, transmission posts, unassembled pallets, fine-ripped door stiles, agriculture stakes, cross-arms, stiffeners for flakeboard railway crossings, fenders and wallings of species other than of species referred to in items (b) and (c) RM5.00 per cubic metre or part thereof
(n) Finger-jointed and/or laminated sawn timber (of Rubberwood and Chengal) RM85.00 per cubic metre or part thereof
(o) Finger-jointed and/or laminated sawn timber (of species other than Rubberwood and Chengal) RM5.00 per cubic metre or part thereof
(p) Logs of coconut trunk of Cocos nucifera RM50.00 per cubic metre or part thereof
Note : No cess rate for medium density fibreboard (MDF)

Lampiran Carta Aliran Ekport

Terakhir dikemaskini: 12 Ogos 2024