Pusat Promosi Perabot
- Meningkatkan jualan perabot Bumiputera melalui aktiviti yang dijalankan di Pusat Promosi Perabot;
- Mewujudkan satu pusat bagi jalinan rangkaian yang menyediakan ruang pameran bagi produk perabot keluaran pengusaha Bumiputera untuk meningkatkan pasaran perabot Bumiputera di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Manakala, Pusat Promosi Perabot Kota Kinabalu di Alamesra, Kota Kinabalu juga turut menempatkan produk perabot untuk rumah kediaman dan pejabat. Pusat ini mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan produk yang berkualiti dari SME Bumiputera.