banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • TAWARAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM INSENTIF PENSIJILAN KAYU “TIMBER CERTIFICATION INCENTIVE PROGRAMME (TCIP)” LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (LPKM)

TAWARAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM INSENTIF PENSIJILAN KAYU “TIMBER CERTIFICATION INCENTIVE PROGRAMME (TCIP)” LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (LPKM)

MTIB sedang melaksanakan Program Insentif Pensijilan Kayu atau “Timber Certification Incentive Programme” (TCIP). Projek TCIP ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) yang Ke-236 Bil. 4/2023 pada 5 September 2023 dan Kementerian Perladangan dan Komoditi pada 5 Disember 2023 dengan peruntukan sebanyak RM1.575 juta. Tempoh pelaksanaan program adalah sehingga 31 Disember 2026.

Pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan bilangan pemegang sijil Chain of Custody (CoC) bagi skim pensijilan “Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC)/ Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan Forest Stewardship Council (FSC) di kalangan industri kayu-kayan di Semenanjung Malaysia.

Tawaran ini dipelawa kepada syarikat-syarikat perkayuan di Semenanjung Malaysia yang berhasrat untuk melaksanakan pensijilan CoC. MTIB menyediakan bantuan dan pemberian insentif seperti berikut:


Syarikat baharu yang berminat untuk mendapatkan pensijilan MTCS/PEFC atau FSC, senarai syarikat penyedia latihan MTIB boleh didapati [KLIK DI SINI].

BRONSUR TCIP

  

Untuk memuat turun syarat-syarat permohonan dan Garis Panduan program sila [KLIK DI SINI].



Last Updated: 12 September 2025