PELAWAAN UNTUK MENJADI PANEL PENYEDIA LATIHAN BAGI PROGRAM INSENTIF PENSIJILAN KAYU “TIMBER CERTIFICATION INCENTIVE PROGRAMME (TCIP)” | INVITATION TO BECOME A TRAINING PROVIDER PANEL FOR THE TIMBER CERTIFICATION INCENTIVE PROGRAMME (TCIP)
MTIB sedang melaksanakan Program Insentif Pensijilan Kayu atau “Timber Certification Incentive Programme” (TCIP). Projek TCIP ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) yang Ke-236 Bil. 4/2023 pada 5 September 2023 dan Kementerian Perladangan dan Komoditi pada 5 Disember 2023 dengan peruntukan sebanyak RM1.575 juta untuk tempoh pelaksanaan selama tiga (3) tahun mulai Januari 2024 hingga Disember 2026.
Pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan bilangan pemegang sijil Chain of Custody (CoC) bagi skim pensijilan Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC)/ Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan Forest Stewardship Council (FSC) di kalangan industri kayu-kayan di Semenanjung Malaysia.
Dibawah program ini, MTIB menyediakan bantuan dan pemberian insentif seperti berikut:
Sehubungan itu, syarikat-syarikat penyedia latihan yang berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan pembangunan dokumentasi dan latihan adalah dipelawa untuk menyertai program ini.
Untuk memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan program sila [KLIK DI SINI].
Penyertaan syarikat yang berkelayakan amat dialu-alukan bagi menyokong pembangunan industri perkayuan yang mampan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai yang berkaitan di Bahagian Pembangunan Industri iaitu Cik Sarah Najwa atau Encik Reza Faidzal di talian 03-9282 2235 sambungan 1409 /1213.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysian Timber Industry Board (MTIB) is currently conducting the Timber Certification Incentive Programme (TCIP). This programme was approved during the 236th Meeting of the MTIB Board of Directors (No. 4/2023) on 5 September 2023, and subsequently endorsed by the Ministry of Plantation and Commodities on 5 December 2023, with a total allocation of RM1.575 million for a three-year implementation period from January 2024 to December 2026.
The objective of this programme is to increase the number of Chain of Custody (CoC) certificate holders under Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC) / Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) and Forest Stewardship Council (FSC) among timber-based industries in Peninsular Malaysia.
In this programme, MTIB provides support and incentives as follows:
In this regard, training provider companies with experience in providing documentation development and training services are invited to participate in this programme.
To download the Guidelines and Application Form, please [CLICK HERE].
Participation from qualified companies is highly encouraged to support the development of sustainable timber industry.
For further inquiries, please contact the officers from the Industry Development Division, Ms. Sarah Najwa or Mr. Reza Faidzal, at 03-9282 2235 (ext. 1409 / 1213).