banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Prosedur Pengimportan Kayu dan Produk Kayu

Merujuk kepada seksyen 13 (1), Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105], MTIB bertanggungjawab mengawalselia aktiviti perindustrian kayu negara di mana aktiviti pengimport produk kayu tersenarai di dalam kewajipan berdaftar dengan MTIB. Selain itu, MTIB telah diberikan kuasa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengeluarkan permit import bagi kayu dan keluaran kayu selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kastam 1967, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Jadual Kedua, Bahagian I, Perenggan 4, Butiran 2 [ P.U.(A) 117] yang telah diwartakan pada 13 April 2023.

Prosedur Pengeluaran Permit Import MTIB:
Langkah 1: Permohonan Pendaftaran Baharu Sebagai Pengimport

Muat Turun Borang Permohonan
Borang Permohonan Pendaftaran Sebagai Pengimport (Baharu/Tambah Kategori/Pembaharuan)

Langkah 2: Permohonan Permit Import dan Pemeriksaan Fizikal
Langkah 3: Pemeriksaan Fizikal ke atas Konsignasi Kayu
Langkah 4: Keperluan Pematuhan Peraturan Agensi Lain


LANGKAH 1: PERMOHONAN PENDAFTARAN BAHARU/PEMBAHARUAN SEBAGAI PENGIMPORT
PERMOHONAN BAHARU/PEMBAHARUAN
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel, Papan Gentian dan Balak/Baulks
DOKUMEN WAJIB
  • Pemohon perlu mengemukakan carian lengkap profil syarikat (terkini) daripada sistem SSM e-info Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
  • Salinan carian Status Penggulungan Syarikat dan Status Kebankrapan Individu semua pengarah syarikat / pemilik perniagaan (yang terkini) daripada Jabatan Insolvensi Malaysia;
  • Pemohon mempunyai perakuan pendaftaran perniagaan yang sah di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] atau Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
  • Permohon hendaklah mengemukakan borang pendaftaran sebagai pengimport termasuk melengkapkan perakuan sumpah; Rujuk Borang Pengimport.
  • Salinan dokumen pengenalan (kad pengenalan/pasport) semua pengarah syarikat (syarikat Sdn. Bhd.) atau pemilik perniagaan dan rakan kongsi (perniagaan milikan tunggal / perkongsian) atau individu (Pemeringkat dan Pengendali);
  • Dokumen sokongan yang membuktikan alamat terkini syarikat. Contohnya salinan bil utiliti alamat terkini premis syarikat dll. (dikecualikan bagi Pemeringkat dan Pengendali).
SYARAT-SYARAT
  • Kayu yang akan diimport merupakan kayu yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama kepada Akta 105;
  • Pemohon yang tidak mempunyai kilang perlu berdaftar sebagai Pedagang terlebih dahulu.
  • Sekiranya kayu yang akan diimport adalah untuk pasaran dalam negeri, pemohon hendaklah berdaftar sebagai pedagang terlebih dahulu.
  • Sekiranya kayu yang ingin dimport adalah untuk dieksport semula, pemohon hendaklah berdaftar sebagai Pembekal terlebih dahulu

FI PENDAFTARAN BAHARU SEBAGAI PENGIMPORT
RM300.00 (SETAHUN)

FI PEMBAHARUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORT
RM200.00 (SETAHUN)

TEMPOH SAH PENDAFTARAN
Tempoh sah pendaftaran adalah bermula dari tarikh kelulusan dan tarikh luput pendaftaran seperti berikut:-

  • Satu (1) tahun
  • Maksimum lima (5) tahun

Pendaftaran yang tidak diperbaharui setelah tamat tempoh kelulusan dikehendaki berdaftar semula sebagai pendaftaran baharu.

KELULUSAN PENDAFTARAN
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian Balak/ Baulks
  • Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diluluskan
  • Syarikat akan menerima Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh satu (1) tahun dari tarikh surat dikeluarkan.
  • Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Import dan Eksport (MJIE).
  • Setelah mendapat kelulusan MJIE, syarikat akan menerima Surat Kelulusan untuk Mengimport bagi tempoh satu (1) tahun dari tarikh surat dikeluarkan.beserta jumlah kuantiti yang dibenarkan import.

LANGKAH 2: PERMOHONAN PERMIT IMPORT DAN PEMERIKSAAN FIZIKAL
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel, Papan Gentian dan Balak/ Baulks

Setelah konsignasi kayu dan produk kayu tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport perlu mengemukakan permohonan permit import kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah berhampiran dengan membawa:

  1. Surat Kelulusan untuk mengimport yang masih sah tempoh
  2. Sijil Negara Asal (Certificate of Origin- COO)/Borang D negara pengeksport yang sah
  3. Inbois
  4. Packing lists
  5. Bill of lading
  6. Dokumen “legality”:
    1. Lesen FLEGT; atau
    2. Certificate of Timber Certification (PEFC, MTCS); atau
    3. Certificate of Voluntary Legality Scheme; atau
    4. Legality Document dikeluarkan oleh Agensi/Badan/Persatuan berkaitan yang diiktiraf; atau
    5. Self-Declaration yang disahkan oleh Pihak Ketiga yang berkelayakan; atau
    6. Salinan Customs Declaration dari negara pengeksport

BAGI PENGIMPORTAN SPESIES KAYU TERANCAM YANG DISENARAIKAN DI DALAM JADUAL KETIGA, AKTA 686

Permit Eksport CITES Negara Pengeksport mestilah dikemukakan lebih awal kepada MTIB untuk mendapatkan pengesahan dari negara pengeluar ke atas permit berkenaan sebelum Permit Import CITES dikeluarkan oleh MTIB.

TEMPOH SAH PERMIT IMPORT MTIB

60 hari dari tarikh dikeluarkan oleh MTIB.

LANGKAH 3: PEMERIKSAAN FIZIKAL KE ATAS KONSIGNASI KAYU
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel, Papan Gentian dan Balak/ Baulks
  1. Pemeriksaan secara rawak (random) ke atas permit import dan pengikraran (declaration) konsignasi kayu.
  2. Pemeriksaan fizikal akan dijalankan di lokasi konsignasi kayu berada.
  3. Konsignasi kayu yang diluluskan akan dicap (stamped) “Telah Diperiksa”. Pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) terus kepada pihak Kastam.
  4. Konsignasi kayu yang diluluskan tanpa diperiksa akan dicap (stamped) “Diluluskan Tanpa Pemeriksaan Fizikal”. Pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) terus kepada pihak Kastam.
  5. Bagi pemeriksaan fizikal yang tidak diluluskan, pengimport perlu membuat pengisytiharan (declaration) semula yang lengkap dan pemeriksaan rapi akan dijalankan.

Jika didapati pengisytiharan (declaration) masih lagi berkesalahan, tindakan penguatkuasaan akan diambil untuk menahan konsignasi kayu tersebut.


LANGKAH 4: KEPERLUAN PEMATUHAN PERATURAN AGENSI LAIN
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian Balak/ Baulks

Pengimport perlu mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu.

  1. Pengimport perlu mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu.
  2. Pengimport juga perlu memperolehi kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri bagi urusan bayaran royalti dan pengeluaran Pas Ganti bagi memindahkan hasil hutan.

Pihak Kastam akan memastikan semua keperluan dan peraturan telah dilaksanakan sebelum memberi pelepasan (clearance) bagi Permit import produk kayu berikut di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).


Sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan dengan pengimportan sila hubungi:

Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (BP&I)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8
Jalan Pudu Ulu, Cheras
50728 KUALA LUMPUR
Tel : 03 - 9282 2235
Fax : 03 - 9285 1744
Website: www.mtib.gov.my

Waktu berurusan untuk pengeluaran Permit Import di Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah:

Pejabat MTIB Hari Waktu Berurusan
Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Klang, Seberang Jaya dan Kuantan Isnin - Khamis 8.30 pagi - 4.30 petang
Rehat : 1.00 petang  - 2.00 petang
Jumaat 8.30 pagi - 4.30 ptg
Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang
Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Bukit Kayu Hitam Ahad - Rabu
Khamis
8.30 pagi - 4.30 petang
8.30 pagi - 3.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Ditutup pada Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri

*Sebarang kelulusan permit import di luar waktu tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara pejabat pengeluar permit.


SENARAI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU MEMERLUKAN PERMIT IMPORT

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Jadual Kedua, Bahagian I, Perenggan 4, Butiran 2
[ P.U.(A) 117 bertarikh 13 April 2023 ]

No. Jenis Barangan Kayu Kod Kastam
1. Balak, Baulks (Logs; wood in the rough, whether or not stripped of its bark or merely roughed down; wood roughly squared or half-squared but not further manufactured; and baulks) 44.03
2. Kayu Gergaji (Sawn Timber) 44.07
3. Papan Partikel/Serpai (Particleboard/ Chipboard) 44.10
4. Papan Gentian (Fibreboard) 44.11
5. Papan Lapis dan venir berlaminasi (Plywood, veneered panel and similar laminated wood) 44.12
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
1 Julai 2025

Lampiran Carta Aliran Import

Terakhir dikemaskini: 03 Oktober 2025