banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Pendaftaran Aktiviti Pedagang (T/T)

KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PEDAGANG (T/T) SECARA PENTADBIRAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 2/2022 pada 7 - 9 Februari 2022, meluluskan penguatkuasaan pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran. Pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran ini merangkumi skop pedagang seperti berikut:

  • Pemindah kayu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak;
  • Syarikat yang mendapat insentif/bantuan daripada MTIB atau MTC;
  • Syarikat yang menjalankan aktiviti mengilang, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri; dan
  • Syarikat yang menjalankan aktiviti membeli, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri.

Pendaftaran boleh dilakukan bermula 1 Mac 2022 dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 April 2022. 

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Pendaftaran Ibu Pejabat MTIB - 
Lampiran 1  - Borang Permohonan Pendaftaran Baru
Lampiran 2 - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran
Lampiran 3 - FAQ Pendaftaran Aktiviti Pedagang
Lampiran 4 - Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pedagang

Last Updated: 03 October 2025