banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Pendaftaran Baharu & Pembaharuan

LATAR BELAKANG
Seksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa
“Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang, pengendali atau pengendali jeti melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.

KAEDAH PENDAFTARAN

A. MELALUI SISTEM ONLINE (Bagi Pendaftaran Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pengendali Jeti & Pemeringkat)
http://mcs4.mtib.gov.my/mcs

B. SECARA MANUAL (Bagi Pendaftaran Pengimport, Pedagang & Pengendali)
Memuaturun dan mengisi Borang Permohonan seperti berikut:-
a) Pengimport – (Rujuk Prosedur Import)
b) Pedagang – Borang Permohonan Pedagang
c) Pengendali – Borang Permohonan Pengendali

Mohon rujuk Garis Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut

PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN
Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-
 Bil. Pendaftaran  Kadar Fi Pendaftaran Setahun (RM) Bayaran Lain 
Baharu Pembaharuan
1.  Pengeksport  300.00  200.00 *Bayaran fi salinan diperakui pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran (Jika hilang, musnah atau rosak) – RM50
2.  Pengimport  300.00  200.00
3.  Pembekal  300.00  200.00
4.  Pemeringkat  50.00  50.00
5.  Pemproses  300.00  200.00
6.  Pengendali Jeti  300.00  200.00
7.  Pedagang  50.00  50.00
8. Pengendali 50.00 50.00
Bayaran boleh dibuat secara atas talian (EFT transfer) ke akaun bank MTIB seperti berikut:-
Nama: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Nama Bank: MAYBANK Berhad
No. Akaun: 5144 – 0480 - 1787

PENGEKSPORT sahaja di WAJIBKAN menjadi ahli salah satu persatuan yang diperakukan oleh Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 [Akta 105] iaitu seperti berikut:-
a. Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM) (Tel. No : 03 - 9284 7443/45)
b. Malaysian Wood Industries Association (MWIA) (Tel. No : 03 - 9282 1778)
c. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) (Tel. No : 03 - 92825213)
d. Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA) (Tel. No : 03 - 9287 2152/2618)
e. Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC) (Tel. No : 03 - 9283 7893)
f. Malaysian Furniture Council (MFC) (Tel. No : 03 - 9282 2333)


Terakhir dikemaskini: 03 Oktober 2025