Pembekal Dan Pengeksport Kayu
MTIB juga ada menerbitkan Directory on The Timber Trade in Malaysia, ianya tersenarai pengeksport dan pembekal produk kayu yang berdaftar dengan MTIB. Tuan/puan boleh dapatkan direktori tersebut dengan melayari laman sesawang MTIB iaitu http://www.mtib.gov.my/ melalui online atau Ibu Pejabat MTIB di tingkat 16 (Unit Penerbitan) dan berharga RM50.00 senaskah.
Selain itu, untuk makluman tuan/puan, pengeksport, pembekal dan pengeluar kayu dikehendaki menjadi ahli kepada persatuan-persatuan perkayuan terlebih dahulu sebelum berdaftar dengan MTIB seperti yang telah termaktub di dalam Akta MTIB. Tuan/Puan juga boleh hubungi persatuan-persatuan perkayuan untuk bantuan selanjutnya. Senarai persatuan klik di sini.