Pinjaman Program Sokongan Bahan Mentah
PEMBIAYAAN PINJAMAN JANGKA PENDEK - BAHAN MENTAH
MTIB menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan perkayuan Bumiputera bagi memperolehi bahan mentah yang akan digunakan untuk pemprosesan produk siap. Permohonan dibuat melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman sesawang MTIB www.mtib.gov.my atau diperolehi dari ibu pejabat MTIB atau pejabat-pejabat MTIB Wilayah / Negeri.
Syarat-syarat Permohonan:
i.Had pinjaman : :
Enterprise
- Minimum : RM5,000
- Maksimum : RM20,000
Sendirian Berhad
- Minimum : RM20,000
- Maksimum: RM1,000,000
ii. 100% nilai pinjaman akan diberikan mengikut nilai kos bahan mentah kayu;
iii. Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 1.5% daripada nilai pinjaman dan hendaklah dibayar dalam tempoh 7 hari setelah perjanjian pinjaman ditandatangani;;
iv. Kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan yang masih ada semasa permohonan dikemukakan;;
v. Surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon setelah permohonan pinjaman diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu. Pengeluaran pinjaman akan dibayar kepada pembekal setelah MTIB melakukan pengesahan bekalan bahan mentah dan berpuas hati bekalan bagi pinjaman ini telah disempurnakan;
vi. Syarikat/enterprise Bumiputera, keutamaan kepada syarikat milik penuh Bumiputera (100% ekuiti Bumiputera);
vii. Menjalankan aktiviti pengilangan/pembuatan produk berasaskan kayu;
viii. Memperolehi kontrak kerja/bekalan yang telah dimuktamadkan dan masih berkuatkuasa;
ix. Sebuah syarikat/enterprise yang tidak digulungkan dan Pengarahnya/ pemiliknya bukanlah seorang yang bankrap;
x. Bayaran balik pinjaman adalah 3-6 bulan; dan
xi. Telah menjalani atau telah memohon untuk menjalani auditan SCORE (SME Competitiveness rating For Enhancement) dan M-CORE (untuk kategori Mikro) oleh MTIB atau SME Corp Malaysia
Syarat Permohonan
Sila klik ke LAMPIRAN 1 untuk syarat dan dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa permohonan.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun di SINI atau diperoleh dari Ibu Pejabat MTIB atau pejabat wilayah.
Hubungi Kami:
Malaysian Timber Industry Board (MTIB)
Level 13-17, Menara PGRM
No.8, Jalan Pudu Ulu
56100 Cheras, Kuala Lumpur
Tel: 03-9282 2235
www.mtib.gov.my
Pegawai Dihubungi: Julia Pon (samb: 1339) Nabila Farhana Shamsul Ridzuan (samb: 1319)