Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH)

Latar Belakang Program

Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan mentah dan untuk memastikan ketersediaan berterusan bagi industri kayu tempatan, Kerajaan sedang menggalakkan pembangunan ladang hutan komersial besar-besaran. Selaras dengan dasar ini, Kabinet pada Mac 2005 memberikan satu tugas yang penting kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) untuk menjalankan program agresif untuk pembangunan ladang hutan di Malaysia. Di bawah PPLH, Kementerian telah merancang untuk membangunkan 375,000 hektar ladang hutan pada kadar penanaman tahunan 25,000 hektar setahun bagi tempoh 15 tahun akan datang. Dijangkakan, setiap 25,000 hektar tanah yang ditanam dapat menghasilkan 5 juta meter padu kayu.

Terdapat sebanyak sembilan (9) spesies ladang telah tersenarai di bawah PPLH,  ini termasuk dua (2) spesies yang menjadi tumpuan adalah Getah (Timber Latex Clone) dan Acacia spp. (mangium / hybrid). Tujuh (7) spesies ladang hutan cepat tumbuh yang disyorkan adalah  Bambuseae (Buluh), Tectona grandis (Jati), Azadirachta excelsa (Sentang), Khaya spp. (Khaya ivorensis), Neolamarckia cadamba (Kelempayan / Laran), Paraserianthes falcatari (Batai) dan Octomeles sumatrana (Binuang). Maklumat terkini, bagi permohonan PPLH untuk buluh adalah melibatkan semua jenis spesies buluh yang komersial di Malaysia.

Acacia (Acacia mangium/ Acacia Hybrid)

Acacia (Acacia mangium/ Acacia Hybrid)

Batai (Paraserianthes falcataria)

Batai (Paraserianthes falcataria)

Binuang (Octomeles sumatrana)

Binuang (Octomeles sumatrana)

Getah (Hevea brasiliensis)

Getah (Hevea brasiliensis)

Kelempayan (Neolamarckia cadamba)

Kelempayan (Neolamarckia cadamba)

Khaya Spp (ivorensis/ senegalensis)

Khaya Spp (ivorensis/ senegalensis)

Teak (Tectona grandis)

Teak (Tectona grandis)

Buluh (Bamboo)

Buluh (Bamboo)

eucalyptus

eucalyptus

Sentang (Azadirachta excelsa)

Sentang (Azadirachta excelsa)

paulownia

paulownia



Sebuah anak syarikat hak milik penuh MTIB iaitu Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) telah ditubuhkan 2009 untuk menguruskan pembayaran pinjaman mudah, menjalankan proses pengauditan ladang serta untuk menyediakan sokongan teknikal dan latihan untuk program ini. Syarikat tempatan dan asing yang layak digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program perladangan hutan tersebut. Terdapat kemudahan kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk syarikat-syarikat yang layak iaitu: 

(Sila klik mengenai Peluang Kredit Dalam Ladang Hutan untuk maklumat lanjut)

Terakhir dikemaskini: 17 November 2020