Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

PROGRAM SOKONGAN MESIN KERJA KAYU USAHAWAN BUMIPUTERA

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melonjakkan tahap daya saing SME Bumiputera melalui penggunaan mesin berteknologi yang bersesuaian di kilang SME Bumiputera yang terpilih. Mekanisma program ini adalah melalui kaedah memberipinjam mesin-mesin automasi berasaskan kayu (perolehan mesin oleh MTIB) kepada SME Bumiputera dalam industri perkayuan. Kumpulan sasar bagi program ini adalah SME Bumiputera yang terlibat dalam industri perkayuan. Permohonan dibuat melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman sesawang MTIB www.mtib.gov.my atau diperolehi dari ibu pejabat MTIB (Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera) atau pejabat-pejabat MTIB Wilayah / Negeri.


Garis Panduan Permohonan

Sila klik  DI SINI untuk memuat turun Garis Panduan Permohonan Program Sokongan Mesin Kerja Kayu Usahawan Bumiputera.


Cara Memohon

Borang permohonan boleh dimuat turun DI SINI atau diperoleh dari ibu pejabat MTIB atau pejabat-pejabat MTIB Wilayah / Negeri

Permohonan Program Sokongan Mesin Kerja Kayu Usahawan Bumiputera bagi tahun 2022 dibuka mulai 18 Julai 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 SEPTEMBER 2022.


Hubungi Kami:

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Level 13-17, Menara PGRM
No.8, Jalan Pudu Ulu
56100 Cheras, Kuala Lumpur

Tel: 03-9282 2235

Pegawai Dihubungi:

Cik Siti Aishah Abu Bakar (samb: 1413) 
e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

En Reza Faidzal Md Daud (samb: 1213)
e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



Terakhir dikemaskini: 26 Julai 2022