PROGRAM MENANAM POKOK BULUH
MTIB akan menganjurkan program menanam pokok Buluh serentak di seluruh negara pada 16 September 2021 ini bersempena sambutan World Bamboo Day Malaysia 2021. Ia juga simbolik kepada sambutan Hari Malaysia ke-58.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai program ini boleh berhubung dengan pejabat MTIB berhampiran lokasi anda terlebih dahulu untuk menyertai program ini dan seterusnya mengisi borang yang tertera pada QR Code di dalam brosur.
Program ini terhad (First Come First Serve Basis) dimana setiap orang yang terlibat akan diberi sebatang pokok Buluh untuk ditanam secara bersama di rumah/kediaman/pejabat masing masing pada 16 September ini dan berdasarkan SOP Pelan Pemulihan Negara di setiap negeri tersebut.
Oleh itu, marilah bersama-sama memeriahkan program sambutan World Bamboo Day Malaysia pada tahun ini.
Jangan lupa like page World Bamboo Day Malaysia untuk maklumat lanjut berkenaan Sambutan Hari Buluh Sedunia.