banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • PERHATIAN: Pengeksport, Pengimport, Ejen Penghantaran, Individu Dan Semua Pengguna MCS

PERHATIAN: Pengeksport, Pengimport, Ejen Penghantaran, Individu Dan Semua Pengguna MCS

Sistem MCS dalam proses integrasi dengan sistem u-customs. bagi melancarkan proses ini terdapat beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pengeksport, pengimport, ejen penghantaran, individu dan semua pengguna MCS. Antaranya ialah:

1. Mewajibkan Syarikat Untuk Mengemaskini No Roc/Rob Didalam Menu Pendaftaran “Kemaskini Profil” MCS Dengan  Kadar Segera.

 2. Syarikat Perlu Memastikan Individu Yang Melakukan Ikrar Didalam Lesen Eksport Mtib Berdaftar Dengan Sistem U-Customs.

 3. Pengikrar Lesen Eksport Perlu Merujuk Terlebih Dahulu Senarai Nama Pelabuhan Dan Cara Pengangkutan Yang Dibekalkan Oleh Pihak Ucustoms Melalui Pautan Yang Disediakan Bagi Memastikan Nama Pelabuhan Adalah Benar. (Klik Disini). Sekiranya Tiada Didalam Carian Mcs, Sila Email Ke mcshelp[a]mtib.gov.my Untuk Tujuan Kemaskini.

4. Pengikrar Lesen Eksport Juga Perlu Memastikan Didalam Ruangan DETAIL EXPORT ITEM menggunakan unit pengukuran yang betul iaitu samada MTQ, KGM, TNE ATAU UNT. sebagai contoh :

  KOD TARIF 4418 – KOD OUM(BASE ON CUSTOMS TARIFF) ADALAH KGM

Sila Lihat Lampiran Yang Disediakan Bagi Rujukan KOD OUM Bagi KOD TARIF Yang Lain. (KLIK DISINI).

Kerjasama Daripada Semua Pengguna Sistem Mcs Sangat Dituntut Bagi Menjayakan Proses Integrasi Ini Agar Tidak Berlaku Sebarang Permasalahan Dimasa Akan Datang.



Terakhir dikemaskini: 24 Disember 2020