Penyemakan Peraturan Pemeringkatan Kayu Keras Gergaji Malaysia (MGR) Edisi 2009 Kepada Versi MGR 2020
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’ / Dr. / tuan / puan, MTIB kini sedang dalam proses untuk penyemakan peraturan MGR Edisi 2009 dan bercadang untuk menerbitkan MGR edisi 2020 sekiranya ada keperluan berdasarkan kepada keadaan industri semasa. Peraturan ini telah digunakan sebagai rujukan dalam aspek pemeringkatan bagi pengeksportan kayu keras gergaji oleh industri berasaskan kayu bukan sahaja di peringkat tempatan malahan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Lanjutan daripada itu, MTIB ingin mendapatkan maklumbalas cadangan penambahbaikan MGR 2009 YBhg. Datuk/ Dato’ / Dr. / tuan / puan sepertimana borang pada Lampiran berserta contoh dan mengembalikan cadangan penambahbaikan tersebut kepada MTIB selewat-lewatnya sebelum 5 Februari 2020.
Sebarang pertanyaan YBhg. Datuk/ Dato'/ tuan/ puan boleh menghubungi pegawai seperti berikut :-
- Encik Abd Rafa Tan - rafa[at]mtib[dot]gov[dot]my / (No. Tel. 03-92822235, Ext: 1295, Faks: 03-92826214)
- Encik Mohd Fariz Ahmad - fariz[at]mtib[dot]gov[dot]my / ( No. Tel. 03-92822235, Ext: 1210, Faks: 03-92826214)
Lampiran MGR (Borang Maklumbalas)