PENANGGUHAN KEPERLUAN UNTUK LESEN IMPORT BAGI PRODUK PAPAN PARTIKEL/SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411)
PERHATIAN KEPADA PENGIMPORT PAPAN PARTIKEL/SERPAI (4410) DAN GENTIAN (4411) DAN AGEN PENGHANTARAN.
Arahan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) berhubung pengimportan produk Papan Partikel/Serpai (4410) dan Papan Gentian (4411) memperolehi lesen import dari MTIB sebagaimana yang dilaksanakan ke atas Papan Lapis (4412) akan mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021.
Sungguhpun demikian, selaras dengan keperluan seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105], semua pengimport bagi produk kayu di bawah Jadual Pertama (Akta 105) dikehendaki berdaftar dengan MTIB. Sila rujuk Prosidur Pendaftaran, dengan Pejabat MTIB yang berhampiran, atau menerusi laman URL : https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/panduan
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Puan Sh. Hasreena/Puan Nurul Faezah (Unit Pendaftaran) di talian 03-92822235 sambungan 1248 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.