PEMAKLUMAN MENGENAI PELESENAN EKSPORT DAN IMPORT MTIB BAGI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU SELARAS DENGAN PENGUATKUASAAN PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI EKSPORT) 2023 DAN PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT) 2023
Merujuk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, P.U. (A) 117 yang telah diwartakan pada 13 April 2023 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023, P.U. (A) 122 yang telah diwartakan pada 14 April 2023. Kedua-dua perintah ini telahpun berkuatkuasa pada 15 April 2023.
Pengimportan produk kayu dan keluaran kayu yang disenaraikan di bawah Jadual Kedua, Bahagian 1, Butiran 2, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 adalah tertakluk kepada keperluan permit import yang dikeluarkan oleh MTIB.
Bagi pengeksportan pula, produk kayu dan keluaran kayu yang disenaraikan di bawah Jadual Kedua, Butiran 5, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 adalah tertakluk kepada keperluan permit eksport yang dikeluarkan oleh MTIB.
Maklumat lengkap mengenai P.U. (A) 117 dan P.U. (A) 122 boleh diakses melalui portal Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berkaitan Perintah Kastam.
Sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat, Ibu Pejabat atau Pejabat MTIB Wilayah / Negeri yang berdekatan untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Bahagian Pelesenan & Inspektorat
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
15 Mei 2023