Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA SISTEM APLIKASI UTAMA MTIB (MCS)

Dimaklumkan bahawa kemudahan permohonan dan pemprosesan permit eksport (termasuk kemudahan sokongan) menerusi Sistem Aplikasi Utama MTIB (MCS) diaktifkan semula bermula 16 November 2022 (Rabu).

Sehubungan dengan ini, permohonan bagi pendaftaran baharu/ pembaharuan pendaftaran, permit, sijil pemeringkatan dan pemeriksaan fizikal akan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya melalui MCS. Walaubagaimanapun data-data pelesenan dan penyata akaun syarikat semasa adalah tertakluk kepada pelarasan terkini oleh MTIB dari semasa ke semasa. Dalam tempoh pelarasan ini, pihak syarikat hendaklah membuat tambah nilai (top up) akaun terlebih dahulu, bagi setiap permohonan permit eksport yang melibatkan bayaran ses.

Kerjasama pihak syarikat dalam tempoh pemantauan dan pelarasan sistem MCS ini amat dihargai. Sila e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang bantuan/pertanyaan dan aduan.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
15 NOVEMBER 2022

Terakhir dikemaskini: 21 November 2022