Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • MAKLUMAN BERKAITAN PENGOPERASIAN SEKTOR PERKAYUAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) [TARIKH KUAT KUASA : 5 JULAI 2021]

MAKLUMAN BERKAITAN PENGOPERASIAN SEKTOR PERKAYUAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) [TARIKH KUAT KUASA : 5 JULAI 2021]

Sebagaimana sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan selari dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), berikut adalah makluman berkaitan dengan sektor perkayuan dan perabot mengikut Fasa :

A) Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1

Kawasan terlibat : KEDAH, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, W.P. KUALA LUMPUR, W.P. PUTRAJAYA DAN W.P. LABUAN

  • Sektor Perabot -->  terhad kepada pembekalan perabot bagi kemudahan di hospital, pusat kuarantin (PKRC), PPV dan lain-lain berkaitan Covid-19. (Wajib memohon di dalam Sistem CIMS 3.0)
  • Aktiviti pemunggahan dan pemindahan barangan produk kayu termasuk perabot siap dari kilang dan gudang ke Pelabuhan untuk tujuan eksport --> mendapatkan kelulusan daripada pihak PDRM dan mematuhi SOP Kementerian Pengangkutan (MOT)

Mohon rujuk kepada :
i)  PELAN PEMULIHAN NEGARA – SOP FASA 1  [TARIKH BERKUATKUASA: 16 JULAI 2021]
ii) PELAN PEMULIHAN NEGARA – SOP FASA 1 SEKTOR AGRIKOMODITI [TARIKH BERKUATKUASA: 7 JULAI 2021]



B) Pelan Pemulihan Negara – Fasa 2

Kawasan terlibat : KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, PERAK, PERLIS, SABAH, SARAWAK DAN PULAU PINANG.

*Bagi Sabah, sila rujuk Pelan Pemulihan Negara – SOP Fasa 2 Sabah
*Bagi Sarawak, sila rujuk Pelan Pemulihan Negara – SOP Fasa 2 Sarawak

    • Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada, koko, kayu, kenaf, biodiesel dan pensijilan agrikomoditi). 
*Sektor perkayuan dan perabot - wajib memohon di dalam Sistem CIMS 3.0

Mohon rujuk kepada :  
i)   PELAN PEMULIHAN NEGARA – SOP FASA 2  [TARIKH BERKUATKUASA: 16 JULAI 2021]
ii) PELAN PEMULIHAN NEGARA – SOP FASA 2 SEKTOR AGRIKOMODITI [TARIKH BERKUATKUASA: 7 JULAI 2021]

 

**Sebarang kelulusan adalah tertakluk dari semasa ke semasa.

***Sekiranya sesuatu kawasan/negeri/daerah diisytiharkan PKPD, maka hanya Sektor Perkhidmatan Perlu sahaja yang dibenarkan beroperasi di bawah SOP terkini berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan.

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dimajukan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi talian :

  1. 019 - 200 7870 (Cik Erien)
  2. 012 - 397 0969 (Pn. Syafinaz)

Sekian, harap maklum.



Terakhir dikemaskini: 17 Julai 2021