KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PEDAGANG (T/T) SECARA PENTADBIRAN
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 2/2022 pada 7 - 9 Februari 2022, meluluskan penguatkuasaan pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran.
Pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran ini merangkumi skop pedagang seperti berikut:
- Pemindah kayu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak;
- Syarikat yang mendapat insentif/bantuan daripada MTIB atau MTC;
- Syarikat yang menjalankan aktiviti mengilang, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri; dan
- Syarikat yang menjalankan aktiviti membeli, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri.
Pendaftaran boleh dilakukan bermula 1 Mac 2022 dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 April 2022.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Pendaftaran Ibu pejabat MTIB - Puan Norpaezah Mohd Dahalan (Tel: 03-92822235 - samb. : 1337) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Puan Syaidatul Nadia Hussin (Tel: 03-92822235 - samb. : 1293) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Encik Muhammad Zarif Jasni (Tel: 03-92822235 - samb. : 1375) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Lampiran 1 - Borang Permohonan Pendaftaran Baru
Lampiran 2 - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran
Lampiran 3 - FAQ Pendaftaran Aktiviti Pedagang
Lampiran 4 - Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pedagang