Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

KEPADA SEMUA PENGEKSPORT DAN PENGIMPORT KAYU

COVID-19 :  PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Lanjutan daripada pengisytiharan Kerajaan berkenaan PKP/PKPB yang bermula dari 13 Januari hingga ke satu tarikh yang ditetapkan kelak,  MTIB akan melaksanakan langkah seperti berikut:

  • Permohonan pendaftaran, pelesenan dan pemeriksaan fizikal terus dilaksanakan secara atas talian menerusi MCS.
  • Kaunter Pelesenan HANYA akan dibuka pada hari Selasa dan Khamis daripada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Pengeksport digalakkan menghantar dokumen secara email, seperti dokumen pendaftaran dan pemeriksaan fizikal. Untuk urusan bayaran yuran pendaftaran sila lakukan secara online ke nombor akaun MBB 514404801787 manakala untuk tambah-nilai (Top-up) ses, sila berhubung dengan Pejabat MTIB Wilayah yang berdekatan. Sila kemukakan resit/bukti bayaran yang berkenaan kepada Ibu Pejabat atau Pejabat MTIB Wilayah yang berdekatan.
  • Semua permohonan lesen eksport dan import yang telah diluluskan perlu memohon pemeriksaan fizikal. Permohonan untuk pindaan di dalam lesen yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan lesen manual seperti MyTLAS, CITES, Statement of Rubberwood, Statement Legality of Timber Source (SLTS) dan Pemindahan Barang (K3) daripada Semenanjung Malaysia Ke Sabah, Sarawak atau Labuan hanya akan diproses pada hari Selasa dan Khamis daripada pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang sahaja.
  • Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran, lesen eksport/import dan pemeriksaan fizikal, sila emelkan kepada : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Semua pengeksport dan pengimport dinasihatkan supaya merancang permohonan lesen dengan sewajarnya untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

Terima kasih dan harap maklum.

PELESENAN DAN INSPEKTORAT

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

 

13 JANUARI 2021



Terakhir dikemaskini: 14 Januari 2021