CAJ PERKHIDMATAN KE ATAS PERMOHONAN LEWAT SIIJIL MyTLAS
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Lembaga MTIB ke-235 Bil.3/2023 yang bersidang pada 6 Jun 2023, telah meluluskan pengenaan Caj Perkhidmatan - Permohonan Lewat Sijil MyTLAS sebanyak RM10.00 bermula pada 15 Julai 2023. Surat Ketua Pengarah MTIB berhubung pemakluman industri bertarikh 5 Julai 2023 telah diedarkan [ DI SINI ].
Sebagai makluman, pengenaan Caj Perkhidmatan - Pengeluaran, Pindaan, Pengantian dan Perlanjutan Tempoh Sah Sijil MyTLAS telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022. Lawati pautan berikut untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan MyTLAS dan garispanduan permohonan Sijil MyTLAS [ https://tinyurl.com/525umtzc ].
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pelesenan) di talian utama 03-92822235:
- Puan Sunita Muhamad (samb.:1263) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Puan Aimie Aiza Mohd Tusin (samb :1425) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.