Pendaftaran Baharu & Pembaharuan
Seksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa
“Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang, pengendali atau pengendali jeti melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.
KAEDAH PENDAFTARAN
A. MELALUI SISTEM ONLINE (Bagi Pendaftaran Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pengendali Jeti & Pemeringkat)
http://mcs4.mtib.gov.my/mcs
B. SECARA MANUAL (Bagi Pendaftaran Pengimport, Pedagang & Pengendali)
Memuaturun dan mengisi Borang Permohonan seperti berikut:-
a) Pengimport – (Rujuk Prosedur Import)
b) Pedagang – Borang Permohonan Pedagang
c) Pengendali – Borang Permohonan Pengendali
Mohon rujuk Garis Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut
PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN
Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-
Bil. | Pendaftaran | Kadar Fi Pendaftaran Setahun (RM) | Bayaran Lain | |
Baharu | Pembaharuan | |||
1. | Pengeksport | 300.00 | 200.00 | *Bayaran fi salinan diperakui pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran (Jika hilang, musnah atau rosak) – RM50 |
2. | Pengimport | 300.00 | 200.00 | |
3. | Pembekal | 300.00 | 200.00 | |
4. | Pemeringkat | 50.00 | 50.00 | |
5. | Pemproses | 300.00 | 200.00 | |
6. | Pengendali Jeti | 300.00 | 200.00 | |
7. | Pedagang | 50.00 | 50.00 | |
8. | Pengendali | 50.00 | 50.00 |
Nama: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Nama Bank: MAYBANK Berhad
No. Akaun: 5144 – 0480 - 1787
PENGEKSPORT sahaja di WAJIBKAN menjadi ahli salah satu persatuan yang diperakukan oleh Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 [Akta 105] iaitu seperti berikut:-
a. Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM) (Tel. No : 03 - 9284 7443/45)
b. Malaysian Wood Industries Association (MWIA) (Tel. No : 03 - 9282 1778)
c. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) (Tel. No : 03 - 92825213)
d. Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA) (Tel. No : 03 - 9287 2152/2618)
e. Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC) (Tel. No : 03 - 9283 7893)
f. Malaysian Furniture Council (MFC) (Tel. No : 03 - 9282 2333)